Langkau kepada Kandungan

Hero_Desktop@2x.jpg

Membina privasi dan keselamatan yang sesuai untuk semua orang

Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google di Munich merupakan hab global untuk kejuruteraan privasi dan keselamatan. Jurutera Wieland Holfelder dan Stephan Micklitz menjelaskan cara Google membina ketelusan dan kawalan dalam produk mereka.

Kongsi

.
Wieland Holfelder masih tinggal di AS semasa beliau menerima surat penerimaan untuk jawatan baharu di Google. Beliau berpindah ke Silicon Valley dari Jerman dan telah bekerja di sana selama 12 tahun, untuk pelbagai syarikat termasuk Mercedes-Benz. Pada tahun 2008, segala-galanya berubah. Sahabat dan rakan sekerja Holfelder dari Amerika teruja dengan jawatan dan majikan baharunya. Akan tetapi tempat kerja baharunya bukan di Mountain View, California - di Munich, Jerman. Di sana, berita tentang perkara ini sering disambut dengan semangat kurang memberangsangkan. Selain ucapan tahniah yang lazim, Holfelder juga menerima reaksi yang kurang menyenangkan daripada kawan Jerman apabila dia menyebut nama “Google”. Namun, Holfelder tahu betapa sensitif orang Eropah – terutama sekali orang Jerman – apabila menyentuh hal data mereka.

Holfelder, Ketua Laman untuk Pusat Kejuruteraan Google, sedang duduk di kantin pejabat Munich yang memiliki suasana sebuah restoran dengan dekorasi elegan dan tingkap dari lantai ke siling. Daripada cebisan perbualan yang didengar daripada suara orang bersembang di dalam bilik ini, jelas bahawa bahasa Inggeris merupakan lingua franca bagi “Googler” Munich. Pengaruh Silicon Valley tidak berakhir di situ - bangunan batu bata, yang dibuka pada 2016, menempatkan studio kecergasan, bar kopi, bilik biliard dan perpustakaan. Sekitar 750 orang pekerja dari seluruh dunia bekerja di cawangan ini, yang kebanyakannya ialah pembangun perisian. Waktu bekerja mereka selalunya berlarutan hingga malam, kerana persidangan video dengan rakan sekerja di ibu pejabat Google di Mountain View hanya boleh dilakukan dari awal malam.

Matlamat utama adalah untuk memastikan pengguna mendapat ketelusan dan kawalan menyeluruh apabila menyentuh tentang cara data mereka digunakan

Namun, operasi di pejabat Google di Munich masih mencerminkan ciri Jerman – disebabkan oleh butiran yang menarik seperti bilik persidangan yang direka bentuk untuk kelihatan seperti stesen kereta api bawah tanah tempatan atau bilik berpanel kayu dengan ciri Bavaria klasik. Namun bagi Holfelder, perkara yang paling bersifat Jerman tentang lokasi itu ialah perkara yang beliau sebut dengan bangga sebagai “kelebihan tempatan kami”: jurutera Munichnya “Di Munich,” kata Holfelder, “kami membina produk dan perkhidmatan untuk Google – dan untuk pengguna di seluruh dunia – dalam bidang privasi data.” Matlamat utama adalah untuk pengguna mempunyai ketelusan dan kawalan penuh apabila melibatkan cara data mereka digunakan. Jerman merupakan lokasi yang ideal untuk kakitangan melaksanakan tugas ini.

Carpet@2x.jpg

Pengarah Kejuruteraan, Stephen Micklitz, yang bertanggungjawab terhadap standard privasi data produk Google secara global, juga bekerja di pejabat Munich. Beliau yang menyertai pasukan ini pada tahun 2007 merupakan salah seorang Googler asal Munich. Micklitz dan pasukannya yang membangunkan Akaun Saya yang asal, kemudian menjadi Google Account. Kokpit digital ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun dengan Google, serta mereka yang sekadar menggunakan enjin carian Google atau YouTube. Google Account membolehkan tetapan diurus dengan mudah. Pengguna juga boleh menjalankan Pemeriksaan Keselamatan untuk melihat cara data mereka dilindungi dengan baik terhadap serangan luaran dan menggunakan Semakan Privasi untuk menentukan jenis maklumat peribadi mereka yang disimpan atau tidak disimpan pada pelayan Google.

"Di Munich, kami membina produk dan perkhidmatan untuk Google – dan untuk semua pengguna di seluruh dunia – dalam bidang privasi data."

Wieland Holfelder

.

“Matlamat usaha ini adalah untuk mewujudkan hab berpusat untuk pelbagai jenis pertanyaan,” ujar Micklitz. “Kami mahu menghimpunkan jawapan pada dua halaman, bersama dengan semua pilihan konfigurasi tetapan – tetapi dengan fokus pada langkah yang paling penting, supaya tidak membebankan pengguna.” Micklitz baru sahaja mengambil kopi dari salah satu dapur kecil kakitangan Google, yang dikenali sebagai “microkitchens”, lokasi yang menempatkan peti sejuk setinggi enam kaki yang dipenuhi minuman. Pintu kaca memberikan pandangan yang jelas bagi dua baris teratas, yang dipenuhi dengan botol air mineral. Kandungan peti sejuk yang selebihnya tersembunyi di sebalik kaca berkabut. Mula-mula jus sparkling, kemudian jus biasa, akhir sekali teh ais dan minuman bergas yang tidak sihat di rak bawah. “Sebagai jurutera, kami tidak suka menyerahkan semua perkara kepada takdir” says Micklitz.

Holfelder_Micklitz@2x.jpg

Wieland Holfelder (kanan) ialah Naib Presiden, Kejuruteraan di Google pejabat Jerman. Rakan sekerjanya, Stephan Micklitz, telah mengetuai pasukan Privasi dan Keselamatan global Google sejak tahun 2010. Perkara ini menjadikan mereka orang hubungan terbaik untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui cara syarikat mengendalikan data.

.
Menurut Holfelder dan Micklitz, tiada syarikat lain dalam industri yang berusaha untuk melindungi data pengguna daripada serangan dalam talian. Selain itu, memang benar bahawa infrastruktur pelayan Google dianggap sebagai salah satu yang paling selamat di dunia. Sistem keselamatan pelayan Google adalah rumit dan merangkumi pelbagai tahap. Data disimpan dalam bentuk yang disulitkan di pusat data di seluruh dunia – kemudahan yang menyerupai penjara dengan keselamatan maksimum. “Walaupun seseorang di salah satu pusat data kami yang dilindungi secara biometrik menemukan cakera keras yang mengandungi e-mel anda, mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa dengan item itu,” jelas Holfelder. “Semua maklumat pada cakera keras diagihkan merentasi pelbagai pusat data – dan disulitkan.” Selain itu, jika penggodam menemukan kelemahan dalam antara muka atau produk Google walaupun semua langkah ini telah dilaksanakan, syarikat ini menawarkan ganjaran yang lumayan sebagai balasan bagi maklumat ini. Maka, lebih berbaloi bagi bakal penjenayah siber untuk melaporkan kerentanan keselamatan daripada mengambil kesempatan.

"Matlamat usaha ini adalah untuk mewujudkan hab berpusat untuk semua pertanyaan berkaitan privasi dan keselamatan."

Stephan Micklitz

.

Terdapat dua mesej penting untuk dipelajari daripada perbualan dengan Holfelder dan Micklitz. Pertama, sesiapa sahaja yang menyediakan akaun e-mel atau memuat naik foto ke awan dengan Google harus tahu bahawa semua mesej dan imej mereka adalah selamat. Kedua, sesiapa sahaja yang menggunakan Google untuk mencari dan melayari web boleh menentukan sendiri data yang dibenarkan untuk dikumpulkan dan digunakan oleh Google. “Secara peribadi, saya amat berterima kasih apabila telefon bimbit saya memberi saya kemaskinian lalu lintas dan memberitahu saya, sebagai contoh, bahawa saya perlu bertolak sekarang jika saya tidak mahu terlepas penerbangan saya kerana terdapat kesesakan lalu lintas di lebuh raya,” kata Holfelder. “Namun, semua orang boleh menentukan sendiri sama ada mereka mahu menghidupkan fungsi ini atau tidak.”

Gingerbread_hearts@2x.jpg

Jantung Gingerbread Google Chrome: bilik di pejabat Google di Munich memiliki suasana yang menyeronokkan dan ironik.

.

Hal yang sama bagi iklan iaitu cara Google meraih kebanyakan keuntungan. Data boleh menjadikan iklan lebih berkaitan bagi anda -- supaya jika anda mencari sofa kelabu baharu, anda melihat iklan yang menjawab keperluan itu. Sesetengah orang mendapati perkara ini berguna; yang lain mendapati perkara ini menjengkelkan. Micklitz menjelaskan bahawa anda boleh mematikan ciri pemeribadian iklan ini dengan mudah. “Sudah tentu, melalui Google Account,” tambah beliau. Pengguna yang mematikan ciri ini masih akan melihat iklan, tetapi iklan tersebut tidak akan disesuaikan dengan minat mereka lagi. “Kami menggunakan data untuk menjadikan pengiklanan lebih berkaitan bagi pengguna kami,” kata Holfelder. “Namun, kami tidak menjual sebarang data peribadi”

.

Fotograf: Myrzik & Jarisch

Kembali kepada bahagian atas halaman