Langkau kepada Kandungan

Perisai biru dengan ikon G berwarna putih.

Alatan privasi yang meletakkan kawalan di tangan anda

Apabila bercakap tentang privasi, kami tahu bahawa satu tetapan tidak memenuhi keperluan semua orang. Sebab itu kami membantu anda memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda. Sama ada anda mahu menyimpan, memadamkan atau autopadam data anda, kami memberi anda alatan untuk berbuat demikian.

Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap
Google Account

Tetapan privasi yang mudah digunakan, semuanya pada satu tempat

Untuk membantu anda mengurus privasi anda, kami telah membuat alatan yang mudah digunakan seperti Papan Pemuka, Aktiviti Saya, Tetapan Sejarah dan Pusat Iklan Saya. Alatan ini memberi anda ketelusan dan kawalan terhadap data yang dikumpulkan dan digunakan untuk meningkatkan fungsi perkhidmatan Google dengan lebih baik untuk anda.

Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap
Semakan Privasi

Pilih tetapan privasi anda dalam beberapa minit sahaja

Dengan Semakan Privasi, anda boleh memilih jenis data yang disimpan pada Google Account anda, mengemaskinikan maklumat yang anda kongsikan dengan rakan atau siarkan kepada umum dan melaraskan jenis iklan yang anda lihat dalam talian. Anda boleh mengubah tetapan ini sekerap yang anda mahukan dan memilih untuk dihantar peringatan biasa.

Kawal privasi anda,
terus daripada apl yang anda
gunakan setiap hari

Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap
Mod Inkognito

Hidupkan Mod inkognito dalam Chrome, Search, YouTube dan Maps

Sejak pertama kali dilancarkan dalam Chrome, mod Inkognito telah tersedia dalam apl kami yang paling popular. Dalam YouTube, Search on iOS dan Maps, hanya ketik pada gambar profil anda untuk menghidupkan atau mematikan mod itu dengan mudah. Apabila anda menghidupkan mod Inkognito dalam Maps dan YouTube, aktiviti anda, seperti tempat yang anda cari atau video yang anda tonton, tidak akan disimpan pada Google Account anda. Sejarah penyemakan imbas dan kuki daripada sesi Inkognito anda dipadamkan daripada Chrome sebaik sahaja anda menutup semua tetingkap Inkognito.

Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap
Data anda dalam apl

Kawal data anda, terus daripada apl anda

Kami telah memudahkan anda untuk membuat keputusan tentang data anda secara terus dalam perkhidmatan Google yang anda gunakan setiap hari. Contohnya, tanpa meninggalkan Search, anda boleh menyemak dan memadamkan aktiviti Carian anda yang terbaharu, mendapat akses pantas kepada kawalan privasi yang berkaitan daripada Google Account anda dan mengetahui perihal cara Search berfungsi menggunakan data anda dengan lebih lanjut. Anda boleh mengakses kawalan ini dalam Search, Maps dan Google Assistant.

Data anda dalam Search
Data anda dalam Maps
Data anda dalam Google Assistant