Menjaga maklumat peribadi anda secara peribadi
Data memainkan peranan penting untuk menjadikan produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari lebih berguna. Dasar, protokol dan teknologi pemeliharaan privasi yang ketat memastikan data anda dihormati dan dilindungi.
Membangunkan produk yang
direka bentuk untuk privasi untuk semua orang
Kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.
Kami juga menggunakan data untuk menyiarkan iklan yang lebih berkaitan. Walaupun iklan ini membolehkan kami menawarkan produk tanpa kos untuk semua orang, adalah penting untuk menjelaskan bahawa kami tidak pernah menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa, termasuk untuk tujuan iklan. Hal itu sememangnya tidak dibenarkan.
Kami menggunakan data untuk memastikan produk Google berguna pada detik yang penting — seperti membantu anda mencari restoran berdekatan atau laluan pulang yang lebih jimat minyak.
Kami juga menggunakan data untuk menyiarkan iklan yang lebih berkaitan. Walaupun iklan ini membolehkan kami menawarkan produk tanpa kos untuk semua orang, adalah penting untuk menjelaskan bahawa kami tidak pernah menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa, termasuk untuk tujuan iklan. Hal itu sememangnya tidak dibenarkan.
Kami telus tentang data yang kami kumpulkan dan tujuan pengumpulan tersebut.
Kami mahu anda mengetahui tentang data yang kami kumpulkan, cara kami menggunakan data dan sebab kami menggunakan data tersebut. Ketelusan adalah penting, maka kami menjadikan maklumat ini mudah dicari dan difahami. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan termaklum tentang cara anda menggunakan produk Google.
Kami memudahkan anda mengawal maklumat peribadi anda.
Perkara ini bermakna anda dengan mudah boleh memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda dan mengawal maklumat peribadi yang telah dikongsi dengan Google pada bila-bila masa - termasuk menyemak data anda, memuat turun dan mengalihkan data tersebut kepada perkhidmatan lain jika anda mahu, atau memadamkan data itu sepenuhnya.
Kami mengurangkan data yang kami gunakan untuk terus melindungi privasi anda.
Kami juga menjadikan kawalan autopadam sebagai lalai apabila anda mendaftar untuk Google Account, supaya kami kerap memadamkan data aktiviti dalam talian anda yang terikat pada Google Account anda, seperti perkara yang anda cari dan tonton.
Kami tidak akan sekali-kali menggunakan kandungan yang anda buat dan simpan dalam apl seperti Drive, Gmail dan Photos untuk tujuan pengiklanan dan kami tidak akan sekali-kali menggunakan maklumat sensitif seperti kesihatan, kaum, agama atau orientasi seksual untuk menyesuaikan iklan yang dipaparkan.
Kami juga menjadikan kawalan autopadam sebagai lalai apabila anda mendaftar untuk Google Account, supaya kami kerap memadamkan data aktiviti dalam talian anda yang terikat pada Google Account anda, seperti perkara yang anda cari dan tonton.
Kami melindungi anda dengan membangunkan produk yang selamat secara lalai.
Produk kami direka bentuk supaya selamat secara lalai dan kami sentiasa mengukuhkan langkah keselamatan kami untuk mengesan dan melindungi produk kami daripada ancaman dalam talian yang berkembang, seperti pelaku jahat yang cuba mencuri maklumat peribadi anda, sebelum mereka sampai kepada anda.
Apabila anda menggunakan produk kami, anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami dan kami bertanggungjawab untuk menjalankan amanah tersebut dengan baik untuk anda. Oleh sebab itu, kami menggunakan satu daripada infrastruktur keselamatan yang tercanggih di dunia untuk melindungi data anda.
Produk kami direka bentuk supaya selamat secara lalai dan kami sentiasa mengukuhkan langkah keselamatan kami untuk mengesan dan melindungi produk kami daripada ancaman dalam talian yang berkembang, seperti pelaku jahat yang cuba mencuri maklumat peribadi anda, sebelum mereka sampai kepada anda.
Privasi anda dilindungi oleh amalan data yang bertanggungjawab
Mengehadkan penggunaan maklumat peribadi
Kami percaya bahawa produk harus menyimpan maklumat anda hanya selagi maklumat tersebut berguna dan membantu anda - sama ada maklumat tersebut dapat mencari destinasi kegemaran anda pada Maps atau mendapatkan syor bagi bahan untuk ditonton pada YouTube.
Pada kali pertama anda menghidupkan Sejarah Lokasi — yang dimatikan secara lalai — pilihan autopadam anda akan ditetapkan kepada 18 bulan secara lalai. Autopadam Web & Aktiviti Apl juga akan ditetapkan secara lalai kepada 18 bulan untuk akaun baharu. Hal ini bermakna data aktiviti anda akan dipadamkan secara automatik dan berterusan selepas 18 bulan, bukannya disimpan sehingga anda memilih untuk memadamkan data tersebut. Anda boleh mematikan tetapan ini bila-bila mahu atau menukar tetapan autopadam anda pada bila-bila masa.
Kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda dan memberi anda kawalan terhadap orang yang mempunyai akses
Kami komited untuk melindungi data anda daripada pihak ketiga. Itulah sebab kami mengetatkan dasar kami untuk tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Kami tidak akan berkongsi maklumat yang mengecam anda secara peribadi, seperti nama atau e-mel dengan pengiklan melainkan anda meminta kami berbuat demikian. Sebagai contoh, jika anda melihat iklan untuk kedai bunga berdekatan dan memilih butang Ketik untuk Memanggil, kami akan menyambungkan panggilan anda dan mungkin berkongsi nombor telefon anda dengan kedai bunga tersebut. Jika anda sedang menggunakan peranti Android, kami memerlukan apl pihak ketiga untuk meminta kebenaran anda untuk mengakses jenis data tertentu — seperti foto, kenalan atau lokasi anda.
Memudahkan tontonan dan pemadaman data anda
Terpulang kepada anda cara anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami kerana ini ialah pilihan peribadi. Untuk membantu anda membuat keputusan termaklum tentang jenis data yang perlu disimpan, dikongsi atau dipadamkan, kami memudahkan cara memahami jenis data yang dikumpulkan serta sebab-sebab pengumpulan data itu.
Sebagai contoh, dengan Papan Pemuka, anda boleh melihat gambaran keseluruhan produk Google yang anda gunakan dan perkara yang anda simpan, seperti e-mel dan foto anda. Selain itu, dengan Aktiviti Saya, anda dapat melihat atau memadamkan data yang dikumpulkan daripada aktiviti anda dengan mudah dalam seluruh perkhidmatan Google, termasuk perkara yang telah anda cari, lihat dan tonton.
Memberi anda kuasa untuk membawa data anda bersama
Setiap pengguna perlu mempunyai akses kepada kandungan yang dikongsi oleh mereka dengan kami – pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab. Sebab itulah kami telah membuat Muat Turun Data Anda — supaya anda boleh memuat turun foto, e-mel, kenalan dan penanda halaman anda. Terpulang kepada anda untuk membuat salinan data anda, menyandarkan data itu, malah mengalihkan data tersebut kepada perkhidmatan lain.
Kawalan data yang disimpan pada Google Account anda sentiasa di tangan anda. Ketahui lebih lanjut di sini.