Jika tiada perlindungan,
maklumat itu bukan peribadi
Semua produk Google dilindungi secara berterusan oleh salah sebuah infrastruktur keselamatan paling maju di dunia. Keselamatan terbina dalam ini mengesan dan menghalang ancaman dalam talian secara automatik. Oleh hal yang demikian, anda boleh yakin bahawa maklumat peribadi anda selamat.
Kami memastikan lebih ramai orang selamat dalam talian berbanding dengan pihak lain di dunia
Penyulitan mengekalkan kerahsiaan dan keselamatan data semasa dalam transit
Penyulitan membawakan tahap keselamatan dan privasi yang lebih tinggi kepada perkhidmatan kami. Apabila anda menghantar e-mel, berkongsi video, melawat laman web atau menyimpan foto anda, data yang anda hasilkan itu bergerak antara peranti anda, perkhidmatan Google dan pusat data kami. Kami melindungi data ini dengan berbilang lapisan keselamatan, termasuk teknologi penyulitan terkemuka seperti HTTPS dan Keselamatan Lapisan Pengangkutan.
Makluman keselamatan proaktif membantu melindungi maklumat peribadi anda
Kami akan memberitahu anda secara proaktif jika kami mengesan sesuatu yang kami rasa anda harus ketahui, seperti log masuk yang mencurigakan atau laman web, fail atau apl hasad dan kami akan memberikan panduan untuk membantu anda memperkukuhkan keselamatan anda. Sebagai contoh, pada Gmail, kami akan memberikan amaran kepada anda sebelum anda memuat turun lampiran yang mungkin menjejaskan keselamatan anda atau jika seseorang log masuk ke akaun anda daripada peranti yang tidak dikaitkan dengan anda. Apabila kami mengesan sesuatu yang mencurigakan dalam akaun anda, kami akan menghantar pemberitahuan ke peti masuk atau telefon supaya anda dapat melindungi akaun anda dengan satu klik.
Menyekat iklan hasad dan mengelirukan sebelum iklan tersebut sampai kepada anda
Pengalaman dalam talian anda mungkin terjejas dan keselamatan anda mungkin dijejaskan oleh iklan yang membawa perisian hasad, yang menutup kandungan yang cuba anda lihat, yang mempromosikan barangan palsu atau pun yang menyalahi dasar pengiklanan kami. Kami memberikan perhatian yang serius kepada masalah ini. Setiap tahun, kami menyekat berbilion iklan buruk – secara purata, 100 iklan sesaat – melalui gabungan semakan oleh pengulas langsung dan perisian yang canggih. Kami juga memberi anda alatan untuk melaporkan iklan yang menyinggung dan mengawal jenis iklan yang anda lihat. Kami juga menerbitkan cerapan dan amalan terbaik kami secara aktif untuk membantu anda menjadikan Internet lebih selamat untuk semua orang.
Infrastruktur awan kami melindungi data 24/7
Log masuk yang lebih selamat untuk semua akaun dalam talian anda
Alat pengesahan terbina dalam kami direka bentuk untuk membantu anda log masuk dengan pantas dan selamat ke apl dan perkhidmatan yang anda suka.