Layari Internet secara selamat

Lena Rohou daripada Google bertanggungjawab untuk program "Google Digital Garage" di Jerman. Program ini menawarkan pelbagai kursus termasuk kursus latihan dalam keselamatan data

Cik Rohou, pengetahuan tentang privasi data dan keselamatan data adalah sama penting untuk individu persendirian sama seperti syarikat. Apakah kursus latihan yang anda tawarkan di kawasan ini?

Melalui program Google Digital Garage, kami menawarkan pelbagai kursus dalam kemahiran digital untuk membantu orang yang mahu meningkatkan kerjaya mereka atau membantu mengembangkan syarikat mereka. Topik kursus terdiri daripada asas pemasaran digital kepada meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Dalam kursus privasi data dan keselamatan data, kami menerangkan tentang pengesahan dua faktor – proses log masuk akaun dua langkah. Kami juga menerangkan tentang pancingan data dan cara anda boleh melindungi diri anda daripadanya. Pemilik perniagaan boleh menghadiri program Google Digital Garage untuk mengetahui cara menyepadukan HTTPS ke dalam laman web.

Bagaimana kursus ini dijalankan?

Kami menyediakan program Google Digital Garage untuk semua orang tanpa sebarang bayaran. Anda boleh menyertai kursus di salah satu lokasi kami di Munich, Hamburg atau Berlin, atau menggunakan platform dalam talian Google Digital Garage. Kursus di lokasi berlangsung selama lebih kurang dua jam dan perkara yang menarik tentang kursus ini ialah ia memberikan peluang kepada anda untuk berhubung dengan peserta lain dan menemui kenalan baharu.

Apakah kemahiran baharu yang akan diberikan kepada peserta?

Sudah tentu tiada sesiapa yang boleh menjadi seorang pakar hanya selepas dua jam. Tetapi, para perserta akan memahami konsep asas dan menjadi lebih yakin untuk melayari Internet secara selamat.

Daftar sekarang dan sertai

Google Digital Garage menawarkan kursus untuk menyediakan anda untuk zaman digital tanpa sebarang bayaran. Kembangkan pembangunan peribadi atau profesional anda di salah satu lokasi kursus atau di rumah anda sendiri.

Untuk kursus di Jerman, lawati zukunftswerkstatt.de

Untuk kursus di United Kingdom, lawati learndigital.withgoogle.com/digitalgarage

Untuk kursus di Itali, lawati learndigital.withgoogle.com/digitaltraining

Untuk kursus di Perancis, lawati learndigital.withgoogle.com/ateliersnumeriques

Untuk kursus di Sepanyol, lawati learndigital.withgoogle.com/activatunegocio

Untuk kursus di Belanda, lawati learndigital.withgoogle.com/digitalewerkplaats

Gambar: Eva Häberle

Kemajuan keselamatan siber

Ketahui cara kami memastikan lebih ramai pengguna selamat dalam talian berbanding dengan pihak lain di dunia.

Ketahui lebih lanjut