Semakan latar belakang
Menyingkap di sebalik tabir cara Google menjadikan Internet lebih selamat
Infrastruktur
Google mengendalikan salah satu infrastruktur awan terbesar dan paling selamat di dunia. Pusat data Google terletak di serata dunia dan disambungkan dengan kabel optik gentian di bawah laut. Keseluruhan sistem dipantau dengan teliti sepanjang masa.
Google Play Protect
Setiap hari, Play Protect menyemak sekitar 50 bilion apl Android untuk perisian hasad dan virus. Ujian pertama berlaku apabila penyedia perkhidmatan cuba memuat naik apl ke Google Play Store. Google Play Protect juga tersedia apabila pengguna ingin memuat turun apl atau menggunakan apl itu pada peranti mereka. Apabila perkhidmatan tersebut mengenal pasti apl berkemungkinan berbahaya, Google memberikan amaran kepada pengguna atau mengalih keluar apl itu secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati android.com.
Encryption
Google menggunakan pelbagai teknologi penyulitan seperti HTTPS dan Keselamatan Lapisan Pengangkutan untuk melindungi e-mel yang dihantar melalui Gmail dan foto yang disimpan pada awan oleh pengguna. Enjin carian Google juga menggunakan protokol HTTPS sebagai standard.
Menyemak permintaan data
Google tidak memberi agensi perisikan atau agensi kerajaan lain akses langsung kepada data pengguna. Prinsip ini juga digunakan di Amerika Syarikat dan Jerman, sama seperti setiap negara di dunia. Jika pihak berkuasa membuat permintaan untuk mengakses data pengguna, Google akan meneliti permintaan tersebut dan tidak akan memberikan akses tanpa alasan yang munasabah. Google telah menerbitkan laporan ketelusan termasuk permintaan untuk data sejak sekian lama. Untuk membaca laporan, lawati transparencyreport.google.com.
.
Pelayaran selamat
Teknologi Penyemakan Imbas Selamat Google melindungi pengguna daripada laman berbahaya dan pelaku hasad. Pusat teknologi ini merupakan pangkalan data yang mengandungi alamat laman web yang mencurigakan. Pengguna akan menerima amaran jika cuba melawati salah satu laman tersebut. Google juga menggunakan kecerdasan buatan untuk bertindak balas terhadap strategi pancingan data yang baru dibangunkan. Untuk membaca dengan lebih lanjut, lawati safebrowsing.google.com.
Menutup kelemahan
Setiap tahun, Google melabur berjuta-juta dolar dalam projek penyelidikan – dan dalam “ganjaran pepijat”. Ganjaran ini untuk pakar IT yang membantu syarikat menemukan kelemahan keselamatan tersembunyi. Salah seorang pakar tersebut ialah Ezequiel Pereira yang berusia 18 tahun dari Uruguay, beliau telah membantu Google mendedahkan beberapa jurang ini. Pada tahun lepas, beliau menerima ganjaran sebanyak $36,337 atas penemuan penting.
Projek Zero
Pasukan keselamatan elit Google bekerja keras untuk menutup kelemahan keselamatan sebelum penggodam dan pencuri data dapat menemukan kelemahan tersebut. Pakar memanggil jurang ini sebagai “kerentanan zero-day”, itulah sebabnya pasukan itu dinamakan Project Zero. Pasukan ini tidak menumpukan pada perkhidmatan Google semata-mata; mereka juga mencari kelemahan dalam perkhidmatan pesaing, agar mereka maklum akan tentang kelemahan tersebut dan turut melindungi pengguna mereka. Untuk mendapatkan maklumat perihal tugasan Projek Zero dengan lebih lanjut, lawati googleprojectzero.blogspot.com.
Bantuan untuk penyedia perkhidmatan IT lain
Google menjadikan teknologi keselamatannya tersedia secara konsisten kepada syarikat lain secara percuma dalam usaha untuk memastikan Internet selamat walaupun di luar platform Google. Contohnya, pembangun di syarikat lain boleh menggunakan Pengimbas Keselamatan Awan untuk mencari kerentanan. Teknologi Penyemakan Imbas Selamat Google juga digunakan oleh penyemak imbas Safari Apple dan Mozilla Firefox.
Perlindungan spam oleh AI
Google menggunakan pembelajaran mesin untuk melindungi pengguna Gmail daripada spam. Rangkaian neural menganalisis berbilion e-mel yang tidak dikehendaki atau tidak diingini dan mengenal pasti corak yang membolehkan mereka mengesan spam. Pendekatan ini telah terbukti berjaya. Kini, kurang satu daripada seribu e-mel spam berjaya masuk ke dalam peti masuk pengguna – dan jumlah itu semakin berkurangan setiap hari!
Ketahui lebih lanjut pada: safety.google
Ilustrasi: Robert Samuel Hanson
.