Pada Bulan Kesedaran Keselamatan Siber ini, temukan cara Google memastikan setiap log masuk ringkas dan selamat apabila anda mengakses dalam talian.

Kami memastikan maklumat peribadi
anda sulit, selamat dan terjamin.

Semua produk kami dipandu oleh tiga prinsip penting: Dengan salah satu infrastruktur keselamatan tercanggih di dunia, produk kami selamat secara lalai. Kami mendukung tegas amalan data bertanggungjawab, jadi setiap produk yang kami bina adalah peribadi mengikut reka bentuk. Dan kami mencipta tetapan privasi dan keselamatan yang mudah digunakan supaya kawalan adalah di tangan anda.

Sundar Pichai, Google I/O 2021

Melindungi privasi anda
bermula dengan keselamatan
paling canggih di dunia.

Privasi anda dilindungi di seluruh Google dengan keselamatan terbina dalam yang boleh menghentikan ancaman secara automatik sebelum ancaman itu sampai kepada anda.

Ketahui lebih lanjut

Penyulitan lanjutan memastikan data anda selamat dalam transit

Penyulitan membawakan tahap keselamatan dan privasi yang lebih tinggi kepada perkhidmatan kami. Apabila anda menghantar e-mel, berkongsi video, melawat laman web atau menyimpan foto anda, data yang anda hasilkan itu bergerak antara peranti anda, perkhidmatan Google dan pusat data kami. Kami melindungi data ini dengan berbilang lapisan keselamatan, termasuk teknologi penyulitan terkemuka seperti HTTPS dan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (dikenali sebagai TLS atau "Transport Layer Security") .

Makluman keselamatan proaktif membantu anda melindungi maklumat peribadi

Kami akan memberitahu anda secara proaktif jika kami mengesan sesuatu yang kami rasa anda harus ketahui - seperti log masuk yang mencurigakan atau laman web, fail atau apl hasad - dan memberikan panduan untuk membantu anda sentiasa dilindungi dengan lebih baik. Apabila kami mengesan sesuatu yang mencurigakan dalam akaun anda, kami akan menghantar pemberitahuan ke peti masuk atau telefon supaya anda dapat melindungi akaun anda dengan satu klik.

Ancaman dikesan dan disekat secara automatik

Penyemakan Imbas Selamat melindungi 5 bilion peranti setiap hari, termasuk peranti anda. Untuk menjadikan Internet lebih selamat untuk semua orang, kami telah menyediakan teknologi ini tanpa kos kepada syarikat lain untuk digunakan dalam penyemak imbas mereka, termasuk Apple Safari dan Mozilla Firefox. Oleh hal yang demikian, anda dilindungi semasa anda menyemak imbas pada Google dan syarikat lain.

Alatan privasi yang mudah digunakan
yang meletakkan kawalan di tangan anda.

Privasi anda dilindungi oleh
amalan data yang bertanggungjawab.

Data memainkan peranan penting dalam menjadikan produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari lebih berguna. Kami komited untuk mengurus data tersebut secara bertanggungjawab dan melindungi privasi anda dengan protokol yang ketat dan teknologi privasi yang inovatif.

Teroka lagi cara kami
memastikan anda selamat dalam talian.