Pada Bulan Kesedaran Keselamatan Siber ini, temukan cara Google memastikan setiap log masuk ringkas dan selamat apabila anda mengakses dalam talian.

Membina pengalaman mesra keluarga
.

Kami membina ciri istimewa seperti, penapis pintar, penyekat laman dan rating kandungan dalam pelbagai produk kami untuk menjadikan produk tersebut lebih menyeronokkan untuk keluarga anda.

Pengalaman tablet dengan
kandungan untuk membantu kanak-kanak
menemukan dan menghasilkan sesuatu serta membesar.*
Skrin yang menampilkan Google Kids Space dengan watak kartun kanak-kanak dan apl dipilih susun yang menampilkan haiwan yang melompat.
Produk kegemaran anda
dibina untuk keluarga.
Skrin yang menampilkan video yang berlainan untuk kanak-kanak pilih dalam YouTube Kids

YouTube Kids

Temukan kandungan pembelajaran sambil berseronok dengan YouTube Kids

Kami membinakan YouTube Kids dengan ciri pengalaman yang lebih selamat untuk kanak-kanak meneroka minat mereka melalui video dalam talian. Anda dapat menemukan video mesra keluarga tentang semua topik yang berbeza dalam semua peranti anda sama ada anda memuat turun apl YouTube Kids, melawati web kami atau melihat YouTube Kids pada TV pintar anda.

Telefon yang menampilkan tab kanak-kanak pada Google Play dengan kandungan yang dilluluskan oleh guru

Google Play

Kandungan “Teacher approved” untuk anak anda pada Google Play

Kami telah bekerjasama dengan pakar akademik dan guru di seluruh negara untuk membantu anda menemukan kandungan yang sesuai untuk anak anda. Layari Tab kanak-kanak kami pada Google Play Store untuk menemukan apl “Teacher approved” yang memperkaya dan menghiburkan. Pada halaman butiran apl, anda dapat melihat sebab guru menilai apl dengan baik dan menyemak rating kandungan untuk memahami sama ada apl ini bersesuaian dengan umur atau tidak. Anda boleh melihat sama ada apl mengandungi iklan, membenarkan pembelian dalam apl atau memerlukan kebenaran peranti.

Kami meminta pembangun yang membina apl bagi kanak-kanak untuk mencapai standard yang lebih tinggi dengan mematuhi dasar pembangun untuk Google Play Store.

Memberi pelajar dan pendidik alatan untuk pembelajaran dalam talian yang lebih selamat.
Komputer riba yang menampilkan pelbagai produk Google yang merupakan sebahagian daripada Google Workspace

Google Workspace

Membina persekitaran pembelajaran yang lebih selamat untuk bilik darjah

Google Workspace for Education membantu guru dan pelajar berinteraksi dengan selamat merentasi pelbagai peranti. Perkhidmatan teras produk tidak mengandungi iklan dan kami tidak menggunakan apa-apa maklumat peribadi pengguna dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk menyasarkan iklan. Kami juga menyediakan alatan untuk membantu pentadbir menetapkan dasar berhubung aktiviti yang sesuai dan membantu dalam usaha melindungi pelajar dengan menggunakan Google Account sekolah mereka. Kami komited untuk menyediakan alatan dan sumber yang diperlukan kepada sekolah untuk membuat keputusan yang termaklum tentang perkhidmatan Google Workspace for Education yang digunakan oleh pelajar mereka.

Dua Chromebook, satu di hadapan, satu di belakang.

Chromebook

Menjadikan bilik darjah lebih selamat

Berjuta-juta pelajar menggunakan Chromebook , komputer riba Google di dalam bilik darjah. Pentadbir sekolah boleh mengurus tetapan kumpulan untuk memberi pelajar seberapa banyak atau sedikit fungsi atau akses yang diperlukan. Ciri privasi dan keselamatan kami membantu memastikan maklumat peribadi kanak-kanak dilindungi dan telah membantu menjadikan Chromebook sebagai pilihan utama di sekolah K-12 A.S. dan banyak sekolah di negara lain.

Kawalan Ibu Bapa

Ketahui cara Google membantu keluarga menetapkan peraturan asas digital dan mewujudkan tabiat sihat dalam talian.