Cara yang lebih selamat untuk membuat carian
Sepanjang 20 tahun yang lalu, berbilion orang mempercayai Google Search dengan pertanyaan mereka. Untuk memperoleh kepercayaan itu, kami berusaha setiap hari untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan melindungi privasi anda dengan teknologi keselamatan.
Kami melindungi data anda dengan teknologi yang terkemuka dalam industri. Setiap carian anda akan disulitkan dan kami tidak menjual maklumat peribadi anda. Anda boleh mengawal tetapan privasi yang sesuai untuk anda.
Keselamatan data
Bagi memastikan keselamatan data anda, kami telah membina beberapa infrastruktur keselamatan paling maju di dunia. Infrastruktur ini memastikan kesulitan dan keselamatan data anda semasa dalam transit antara peranti anda dan pusat data kami. Apabila anda menyimpan sejarah carian anda pada Google Account anda, data anda akan berpindah antara peranti anda, perkhidmatan Google dan pusat data kami. Kami melindungi data anda dengan berbilang lapisan keselamatan, termasuk teknologi penyulitan yang terkemuka seperti HTTPS dan penyulitan semasa tidak digunakan.
Mengendalikan data secara bertanggungjawab
Kami bertanggungjawab untuk melindungi dan menghormati data anda. Oleh itu, kami tidak menjual maklumat peribadi anda - muktamad.
Melindungi privasi anda dengan sejarah carian
Jika anda berkongsi peranti, anda mungkin ingin mengelakkan orang lain yang menggunakan peranti itu mengakses "Aktiviti Saya" dan melihat sejarah carian anda. Kini anda boleh menetapkan pengesahan tambahan untuk Aktiviti Saya. Dengan tetapan ini, anda perlu memberikan maklumat tambahan — seperti kata laluan atau pengesahan dua faktor anda — sebelum sejarah carian anda dapat diakses.
Google Search ialah cara yang lebih selamat untuk membuat carian. Setiap hari Search menyekat 40 bilion laman spam daripada hasil carian agar anda dapat membuat carian dengan selamat dan melindungi anda secara proaktif dengan menyulitkan semua carian anda. Search juga membolehkan anda memahami hasil carian anda dan mengawal pengalaman Search anda.
Search menyekat "webspam" daripada hasil carian secara proaktif
Search menyekat "webspam" daripada hasil carian secara proaktif
Search membantu anda melindungi diri daripada laman web hasad yang mungkin mencuri maklumat peribadi atau identiti anda. Setiap hari, kami mengesan dan menyekat 40 bilion halaman spam daripada hasil carian - termasuk laman yang mengandungi perisian hasad atau dibuat untuk mencuri maklumat peribadi anda.
Penyemakan Imbas Selamat
Penyemakan Imbas Selamat
Penyemakan Imbas Selamat Google melindungi lebih empat bilion peranti. Apabila ciri ini dihidupkan dalam Chrome, peranti akan memaparkan mesej amaran yang memaklumi anda bahawa laman yang anda layari mungkin tidak selamat. Amaran ini melindungi anda dan maklumat peribadi anda daripada komplot perisian hasad dan pancingan data yang berpotensi.
Semua carian dilindungi dengan penyulitan
Secara lalai, semua carian di Google.com dan dalam apl Google disulitkan untuk memastikan maklumat anda selamat daripada sesiapa sahaja yang cuba mengakses data ini.
SafeSearch
SafeSearch
Apabila SafeSearch dihidupkan, ciri ini membantu anda menapis kandungan eksplisit dalam hasil carian Google untuk semua pertanyaan anda yang meliputi imej, video dan laman web. Walaupun SafeSearch tidak 100% tepat, ciri ini direka untuk membantu anda menyekat hasil carian eksplisit daripada hasil carian Google anda.
Anda dapat mengawal cara anda mahu sejarah carian anda disimpan pada Google Account anda dengan mudah — termasuk jika anda tidak mahu sejarah itu disimpan sama sekali.
Padamkan sejarah Carian anda dalam Aktiviti Saya
Padamkan sejarah carian anda dalam Aktiviti Saya
Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, Google menyimpan aktiviti seperti sejarah carian anda pada Google Account anda. Kami menggunakan aktiviti yang anda simpan pada perkhidmatan Google untuk memberikan pengalaman yang lebih diperibadikan kepada anda, seperti pengesyoran apl dan kandungan. Anda boleh layari Aktiviti Saya untuk memadamkan sebahagian atau semua sejarah carian yang disimpan pada Google Account anda dan mengurus tetapan seperti aktiviti yang disimpan oleh Google dan waktu Google melakukan autopadam aktiviti yang disimpan.
Ingat! Walaupun sejarah carian anda tidak disimpan pada Google Account anda atau anda telah memadamkan sejarah carian daripada Aktiviti Saya, pelayar web anda mungkin masih menyimpan maklumat tersebut. Semak pelayar web anda untuk mengetahui cara memadamkan sejarah anda.
Gunakan kawalan autopadam
Gunakan kawalan autopadam
Anda boleh memilih agar Google memadamkan sejarah Carian anda secara automatik dan berterusan, berserta dengan Aktiviti Web & Apl lain, daripada akaun anda selepas tiga, 18 atau 36 bulan. Bagi akaun baharu, pilihan autopadam lalai untuk Aktiviti Web & Apl ialah 18 bulan, tetapi anda boleh memilih untuk mengemas kini tetapan jika anda mahu.
Padamkan sejarah baru-baru ini
Padamkan sejarah baru-baru ini
Anda boleh memadamkan 15 minit terakhir sejarah carian yang disimpan daripada akaun anda dengan satu klik: ciri ini tersedia dalam apl Google untuk iOS dan akan tersedia pada apl Google untuk Android tidak lama lagi.
Apl Google untuk iOS disertakan bersama ciri privasi dan keselamatan lanjutan seperti mod Inkognito dan pengurus kata laluan. Kawalan ini mudah digunakan dan sentiasa ada pada skrin utama.
Mod inkognito
Mod inkognito
Apl Google untuk iOS disertakan bersama mod Inkognito. Hanya satu klik pada skrin utama.
Gunakan Face ID untuk mod Inkognito
Jika anda berkongsi peranti, anda mungkin mahu mengekalkan kerahsiaan carian yang dibuat dalam mod Inkognito daripada orang lain yang mempunyai akses kepada peranti itu. Anda boleh menghidupkan Face ID untuk mod Inkognito agar carian anda lebih selamat.
Satu klik pada tetapan privasi anda
Satu klik pada tetapan privasi anda
Kawalan privasi mudah dicari dan digunakan. Klik gambar profil anda untuk mengakses menu akaun anda dan memadamkan sejarah carian baru-baru ini daripada Google Account anda.
Pengurus kata laluan
Apl Google untuk iOS disertakan bersama pengurus kata laluan yang memberikan cadangan dan menyimpan kata laluan yang kukuh serta memberikan kata laluan apabila anda memerlukan kata laluan tersebut.