Meningkatkan standard industri
untuk menjadikan Internet
lebih selamat untuk semua orang.

Keselamatan dan privasi pengguna kami adalah teras bagi semua usaha kami dan setiap produk yang kami bina. Kami menerajui industri ini dalam mencipta dan berkongsi teknologi keselamatan yang meningkatkan standard industri untuk semua orang.

Membuat pembaharuan untuk memastikan
pengguna kami selamat dalam talian.

Apabila ancaman baharu timbul dan keperluan pengguna berubah, kami membuat pembaharuan secara berterusan untuk melindungi maklumat peribadi setiap pengguna secara automatik, pada setiap tahap risiko, bagi semua produk kami.

Video tentang Program Perlindungan Lanjutan Google

Program Perlindungan Lanjutan

Perlindungan Google yang paling kukuh,
untuk pengguna yang paling memerlukannya

Program Perlindungan Lanjutan ialah tawaran perlindungan akaun Google yang paling kukuh dan program percuma pertama dalam industri yang direka untuk melindungi Google Account peribadi dan perusahaan bagi mereka yang berisiko lebih tinggi untuk menjadi mangsa serangan bertumpu dalam talian – seperti penggubal dasar, pasukan kempen, wartawan, aktivis dan pemimpin perniagaan. Program ini memberikan perlindungan akaun yang menyeluruh terhadap pelbagai ancaman dan terus berkembang untuk menambah perlindungan baharu.

Teroka Perlindungan Lanjutan

PEMINIMUMAN DATA

Mengehadkan maklumat peribadi yang digunakan dan disimpan

Kami percaya bahawa produk harus menyimpan maklumat anda hanya selagi maklumat tersebut berguna dan membantu anda - sama ada maklumat tersebut dapat mencari destinasi kegemaran anda pada Googole Maps atau mendapatkan cadangan bahan untuk ditonton di YouTube.

Kali pertama anda menghidupkan Sejarah Lokasi – yang dimatikan secara lalai – pilihan autopadam anda akan ditetapkan kepada 18 bulan secara lalai. Autopadam Aktiviti Web & Apl juga akan ditetapkan secara lalai kepada 18 bulan untuk akaun baharu. Ini bermakna data aktiviti anda akan dipadamkan secara automatik dan berterusan selepas 18 bulan, bukannya disimpan sehingga anda memilih untuk memadamkan data tersebut. Anda boleh mematikan tetapan ini atau menukar tetapan autopadam anda pada bila-bila masa.

Telefon menunjukkan seseorang menulis "he" dan Google meramal auto "Hey"

Pembelajaran Bersekutu

Membina produk berguna menggunakan kurang data

Pembelajaran bersekutu ialah teknologi peminimuman data yang dipelopori oleh Google yang membawa kecerdasan pembelajaran mesin (juga dikenali sebagai "ML" atau "Machine Learning") ke peranti anda. Pendekatan baharu ini menggabungkan maklumat awanama daripada peranti berbeza untuk melatih model ML. Pembelajaran bersekutu membantu mengekalkan privasi anda dengan menyimpan sebanyak mungkin maklumat peribadi pada peranti anda.

Menjadikan data awanama

Memperkukuh perlindungan privasi melalui kaedah awanama

Kami menggunakan teknik awanama terkemuka untuk melindungi data anda dan pada masa yang sama menjadikan perkhidmatan kami berfungsi dengan lebih baik untuk anda. Sebagai contoh, kami mengagregatkan data daripada jutaan pengguna dan menjadikan data tersebut awanama supaya anda dapat melihat betapa sibuknya sesuatu tempat itu sebelum anda tiba di sana.

Penyemakan imbas selamat dipertingkat

Melindungi anda semasa anda melayari internet

Penyemakan Imbas Selamat Dipertingkat memberi lebih perlindungan daripada Penyemakan Imbas Selamat kami yang sedia ada untuk menjadi lebih proaktif dan disesuaikan dengan keperluan individu anda. Bagi mereka yang memilih untuk mendayakan Penyemakan Imbas Selamat Dipertingkat dalam Chrome, Google akan menilai ancaman yang anda hadapi di web dan serangan terhadap Google Account anda secara automatik untuk memberikan perlindungan yang lebih proaktif dan disesuaikan daripada pancingan data, perisian hasad dan ancaman berasaskan web yang lain. Ketahui lebih lanjut tentang Penyemakan Imbas Selamat Dipertingkat.

Memastikan semua orang
lebih selamat dalam talian
melalui kerjasama.

Kami komited untuk menjadikan laman web lebih selamat untuk semua orang. Untuk membantu mencapai matlamat ini, kami menjadikan banyak teknologi kami sumber terbuka dan membenarkan pembangun dan organisasi mengakses sumber kami.

Telefon yang menampilkan pemberitahuan bahawa sambungan adalah tidak selamat

Penyulitan HTTPS

Membantu laman selamat di seluruh web melalui penyulitan

Langkah menyandarkan perkhidmatan kami dengan penyulitan HTTPS memastikan anda dapat menyambung kepada laman dengan selamat dan memasukkan maklumat peribadi anda seperti nombor kad kredit tanpa sesiapa memintas maklumat anda. Kami akan terus melabur untuk memastikan laman dan perkhidmatan kami menyediakan HTTPS moden secara lalai. Kami juga akan membantu seluruh web untuk turut beralih kepada HTTPS dengan menyediakan alatan dan sumber kepada semua pembangun.

Telefon yang menampilkan pemberitahuan amaran tentang laman web yang menipu daripada Google Chrome

Penyemakan Imbas Selamat

Melindungi anda daripada laman, apl dan iklan yang berisiko di seluruh web

Kami membina teknologi Penyemakan Imbas Selamat kami untuk melindungi pengguna web daripada perisian hasad dan cubaan memancing data dengan memberikan amaran kepada pengguna apabila mereka cuba melawat laman web berbahaya. Penyemakan Imbas Selamat bukan hanya melindungi pengguna Chrome – untuk menjadikan Internet lebih selamat bagi semua orang, kami telah menyediakan teknologi ini secara percuma kepada syarikat lain untuk digunakan dalam penyemak imbas mereka, termasuk Apple Safari dan Mozilla Firefox. Kini, lebih daripada 4 bilion peranti dilindungi oleh Penyemakan Imbas Selamat. Kami juga menghantar makluman kepada pemilik laman web apabila laman mereka mempunyai kecacatan keselamatan dan menawarkan alatan percuma untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.

Telefon yang menunjukkan pelbagai gambaran statistik Covid-19

Laporan Pergerakan Komuniti COVID-19 Google menggunakan teknologi awanama bertaraf dunia, termasuk privasi kebezaan, untuk memastikan data pengguna peribadi, selamat dan terjamin.

teknologi privasi sumber terbuka

Berkongsi perlindungan dan inovasi privasi kami

Kami komited untuk sentiasa memperbaik perlindungan privasi yang kami tawarkan dan berkongsi kemajuan ini dengan orang lain. Itulah sebabnya kami menjadikan teknologi awanama dan peminimuman data lanjutan kami, seperti privasi kebezaan, pembelajaran bersekutu dan Private Join and Compute sumber terbuka. Kami berharap alatan sumber terbuka ini membantu untuk menghasilkan cerapan yang memberikan manfaat kepada semua orang dan pada masa yang sama tetap melindungi privasi individu.

Perlindungan silang akaun
Memperluas perlindungan keselamatan melangkaui Google Account anda

Perlindungan Silang Akaun memperluas perlindungan keselamatan yang kami ada dalam Google Account anda kepada apl dan laman yang anda log masuk dengan Google Sign-In. Apabila apl dan laman telah melaksanakan Perlindungan Silang Akaun, kami dapat menghantar maklumat tentang ancaman keselamatan - perampasan akaun, contohnya - kepada apl dan laman tersebut supaya apl dan laman tersebut dapat melindungi anda juga. Untuk membangunkan teknologi peneraju ini, kami bekerjasama dengan syarikat teknologi utama lain dan komuniti standard untuk memudahkan semua apl melaksanakannya.

Ganjaran kerentanan
Memberikan insentif kepada rakan kongsi industri untuk mengesan kerentanan keselamatan

Di Google, kami mempelopori program ganjaran kerentanan yang memberi penyelidik bebas bayaran kerana menemukan kerentanan dalam perkhidmatan kami. Sebagai menghargai semua sumbangan canggih dari luar yang membantu kami memastikan keselamatan pengguna, kami memberikan jutaan dolar dalam bentuk geran penyelidikan dan ganjaran kepada mereka yang melaporkan pepijat setiap tahun. Pada masa ini, kami menawarkan ganjaran kerentanan untuk pelbagai produk kami, termasuk Chrome dan Android.

Di samping bekerjasama dengan penyelidik bebas, kami juga mempunyai pasukan jurutera dalaman yang dikenali sebagai Project Zero, yang menjejaki dan menangani kelemahan keselamatan dalam perisian yang digunakan di seluruh Internet.

Standard pengesahan
Meningkatkan standard pengesahan untuk memastikan anda selamat

Kami sentiasa berada di barisan hadapan dalam menghasilkan secara bersama atau mengguna pakai standard log masuk dan pengesahan yang paling kukuh di web. Kami bekerjasama dengan semua pihak di seluruh industri dan berkongsi teknologi dengan membangunkan standard web terpusat. Salah satu perkongsian sedemikian adalah dengan organisasi bukan untung FIDO Alliance, yang berusaha untuk menetapkan dan menghasilkan standard industri baharu untuk digunakan oleh pengguna, syarikat dan pekerjanya, yang memastikan akses akaun yang selamat bagi semua orang.

Keselamatan sumber terbuka
Menjadikan alatan keselamatan tersedia kepada pembangun supaya mereka boleh membantu usaha mencegah risiko keselamatan

Kami berkongsi teknologi keselamatan kami apabila kami percaya teknologi itu dapat memberikan nilai kepada orang lain. Sebagai contoh, kami menjadikan Google Cloud Web Security Scanner tersedia secara percuma kepada pembangun supaya mereka boleh mengimbas dan menganalisis aplikasi web mereka untuk mengesan kerentanan keselamatan. Kami telah menyumbangkan berbilang alatan keselamatan, yang dibangunkan secara dalaman, sebagai projek sumber terbuka untuk digunakan oleh orang lain.

Pakar Amanah & Keselamatan Google berkongsi petua privasi dan keselamatan di Federal Triangle di Washington, DC.

Latihan keselamatan dalam talian
Menyediakan bantuan dan latihan keselamatan dalam talian untuk memberi perlindungan yang lebih baik kepada semua orang

Kami menyediakan bahan pendidikan, latihan dan alatan untuk membantu orang di seluruh dunia mempelajari cara untuk kekal selamat dalam talian. Pasukan bantuan kami berhubung dengan lebih 100 juta orang setiap tahun – termasuk pendidik, pelajar, ibu bapa, warga emas dan orang kurang upaya – untuk memberikan sumber dan latihan keselamatan dalam talian.

Project shield
Melindungi laman web berita daripada ditutup

Project Shield merupakan perkhidmatan yang menggunakan teknologi keselamatan kami untuk membantu usaha melindungi laman web berita, organisasi hak asasi manusia, pilihan raya, organisasi politik dan kempen serta calon daripada serangan penafian perkhidmatan teragih (DDoS). Serangan ini merupakan percubaan untuk memusnahkan laman web dan menghalang pengguna daripada mengakses maklumat penting dengan menghantar trafik palsu dalam jumlah yang tinggi kepada mereka. Project Shield disediakan secara percuma tanpa mengambil kira saiz laman web atau saiz serangan.

Kemudahalihan data
Menerajui inovasi privasi dan keselamatan dalam kemudahalihan data

Kami telah melancarkan platform kemudahalihan data sumber terbuka dan terus bekerjasama dengan pelbagai syarikat seperti Apple, Microsoft, Facebook dan Twitter untuk membantu orang ramai mengalihkan data mereka merentas web dan mencuba penyedia perkhidmatan dalam talian baharu dengan mudah.

Kerjasama privasi
Membina web yang lebih peribadi untuk semua orang

Kami komited untuk menghasilkan ruang kerjasama seperti Kotak Pasir Privasi dan berganding bahu dengan komuniti web untuk membangunkan satu set standard terbuka yang melindungi privasi pengguna dan pada waktu yang sama tetap menyokong kandungan percuma yang boleh diakses di seluruh web. Dengan berkongsi sumber dan platform kami, kami berharap dapat menggalakkan kemajuan ke arah web yang lebih peribadi.

Pengesanan kontak

Melindungi privasi pengguna sambil membantu pihak berkuasa kesihatan
awam memerangi COVID-19

Untuk membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19, Google dan Apple bersama-sama mencipta teknologi pengesanan kontak seperti Sistem Pemberitahuan Pendedahan dengan reka bentuk yang berteraskan privasi dan keselamatan. Melalui kerjasama dan kolaborasi yang erat dengan pembangun, kerajaan dan penyedia kesihatan awam, kami berharap dapat memanfaatkan teknologi untuk terus menyelesaikan isu global dan tetap melindungi standard privasi pengguna yang tinggi.

Pusat Kejuruteraan

Ketahui cara Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google mereka bentuk produk untuk masa depan keselamatan dalam talian.