Menggalas tanggungjawab kandungan di Dublin.

GSEC Dublin yang terletak di ibu pejabat Eropah ialah hab serantau untuk pakar Google yang berusaha untuk menangani penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang dan berbahaya serta menjadi tempat kami boleh berkongsi usaha ini dengan penggubal dasar, penyelidik dan pengawal selia.

Melihat inisiatif tanggungjawab kandungan kami.

Dublin ialah hab untuk pasukan Kepercayaan dan Keselamatan kami, termasuk pakar dasar, pakar khusus dan penganalisis yang berusaha untuk memastikan pengguna selamat dalam talian dengan teknologi terkini dan kecerdasan buatan. Inisiatif ini memberikan ketelusan tambahan untuk usaha mereka.

Cara YouTube Berfungsi

Lihat dasar, produk dan tindakan kami

Setiap hari, berjuta-juta orang melawat YouTube untuk mendapatkan maklumat, ilham atau keriangan. Lama-kelamaan, persoalan timbul tentang cara YouTube berfungsi, oleh itu kami telah mencipta laman ini untuk memberikan jawapan – dan untuk menjelaskan perkara yang kami lakukan bagi menggalakkan platform bertanggungjawab yang boleh dipercayai oleh pengguna, pencipta dan artis dalam komuniti ini.

Alat Keselamatan Kanak-kanak

Membanteras penderaan dan eksploitasi kanak-kanak dalam talian

Google komited untuk membanteras bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian dan mencegah platform kami daripada digunakan untuk menyebarkan kandungan jenis ini. Kami berusaha keras untuk membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dan menggunakan teknologi proprietari kami untuk mencegah, mengesan dan menyingkirkan salah laku daripada platform kami. Kami juga menggunakan kepakaran teknikal untuk membangunkan dan berkongsi alat bagi membantu organisasi lain mengesan dan menyingkirkan CSAM daripada platform mereka.

Laporan Ketelusan

Berkongsi data tentang akses kepada maklumat

Sejak tahun 2010, Google telah berkongsi Laporan Ketelusan secara kerap untuk menunjukkan pengaruh dasar dan tindakan kerajaan serta syarikat kepada privasi, keselamatan dan akses kepada maklumat. Laman Laporan Ketelusan kami disertakan data tentang permintaan alih keluar kandungan daripada kerajaan, penyahsenaraian kandungan disebabkan antara lain, hak cipta, penguatkuasaan Garis Panduan Komuniti YouTube dan pengiklanan politik pada Google.

Temui kakitangan di belakang GSEC Dublin.

Pasukan Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google terdiri daripada beratus-ratus penganalisis, jurutera, pakar dasar, penyelidik dan pakar lain, semuanya berusaha untuk membina Internet yang lebih baik dan selamat.

Amanda Storey

“GSEC Dublin akan memudahkan kerajaan dan para penyelidik untuk mendapatkan pemahaman langsung tentang cara kami menangani keselamatan kandungan.”

Amanda Storey

DIRECTOR OF TRUST & SAFETY
Helen O’Shea

“Misi kami adalah untuk melindungi pengguna produk kami, untuk memperoleh kepercayaan mereka dan rakan kongsi serta komuniti tempat kami beroperasi serta membantu Google mengawal penyalahgunaan dan pelaku jahat.”

Helen O’Shea

HEAD OF CONTENT RISK & COMPLIANCE
Mary Phelan

“Rangka kerja proses kami membolehkan kami membantu orang mencari maklumat autoritatif daripada sumber pakar dan pada masa yang sama melindungi pengguna daripada kandungan yang berbahaya.”

Mary Phelan

DIRECTOR OF TRUST & SAFETY
Gambar Claire Lilley

"Setiap hari, pasukan kami berusaha menyelesaikan persoalan tentang cara memudahkan akses kepada maklumat pada platform kami dan pada masa yang sama melindungi platform tersebut dan orang yang menggunakannya daripada penyalahgunaan dan bahaya... bahaya dalam talian dan kemungkinan bahaya luar talian."

Claire Lilley

CHILD ABUSE ENFORCEMENT MANAGER
Brian Crowley

"Menerusi GSEC, pengawal selia boleh mengakses lebih banyak maklumat tentang cara sistem pemantauan kandungan dan teknologi kami yang lain berfungsi secara amali, di lokasi selamat yang melindungi kerahsiaan maklumat pengguna."

Brian Crowley

DIRECTOR OF GLOBAL ADS AND CONTENT INVESTIGATIONS
Gambar Nuria Gómez Cadahía

"Menyentuh tentang kandungan pada platform kami, kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi orang dan perniagaan yang menggunakan produk kami, dan kami laksanakan dengan dasar dan proses yang jelas dan telus."

Nuria Gómez Cadahía

TECHNICAL PROGRAM MANAGER
Gambar Ollie Irwin

"Dublin ialah hab untuk pasukan Kepercayaan dan Keselamatan kami, yang terdiri daripada ramai pakar dasar, pakar khusus dan jurutera berbeza yang berusaha untuk memastikan pengguna selamat dalam talian dengan teknologi terkini dan kecerdasan buatan."

Ollie Irwin

STRATEGIC RISK MANAGER
Di sebalik tabir
di Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google.

Kami bercakap dengan pengguna di seluruh dunia untuk memahami kebimbangan mereka tentang keselamatan Internet. Kami memberi pasukan jurutera kami ruang, inspirasi dan sokongan untuk membangunkan penyelesaian generasi seterusnya untuk membantu meningkatkan keselamatan dalam talian.

Kemajuan keselamatan siber

Ketahui cara kami memastikan lebih ramai pengguna selamat dalam talian berbanding dengan pihak lain di dunia.