Keselamatan yang tidak
perlu dirisaukan.

Layari web dengan tenang, sementara ciri keselamatan Chrome melindungi anda daripada perisian hasad dan laman berbahaya.

Keselamatan terbina dalam

Selamat secara lalai

Selamat secara lalai

Secara lalai, Chrome melindungi anda daripada laman berbahaya dan mengelirukan yang mungkin mencuri kata laluan anda atau menjangkiti komputer anda. Teknologi maju, seperti pengasingan tapak dan perlindungan pancingan data ramalan memastikan anda dan data anda selamat.

Kata laluan yang kukuh dan unik semasa anda melayari web

Kata laluan yang kukuh dan unik semasa anda melayari web

Penggunaan kata laluan yang lemah atau pengunaan kata laluan yang berulang kali di pelbagai tempat boleh mendedahkan data anda ke berbilang laman. Chrome boleh mencipta kata laluan yang kukuh dan unik serta autolengkap kata laluan untuk anda semasa anda melayar web pada komputer riba atau telefon mudah alih anda. Chrome boleh memberi anda amaran sekiranya bukti kelayakan anda telah terjejas.

Sentiasa terkini

Chrome dikemas kini secara automatik setiap enam minggu agar anda mempunyai ciri dan pembetulan keselamatan yang terkini. Untuk pepijat keselamatan yang penting, kami mengeluarkan pembetulan dalam masa 24 jam – anda tidak perlu berbuat apa-apa.

Kawalan privasi

Mod inkognito

Mod inkognito

Inkognito memberikan anda ketenangan fikiran apabila anda berkongsi peranti anda dengan rakan dan keluarga. Layari dengan mod Inkognito dan sejarah aktiviti akan dipadamkan daripada Chrome setelah anda menutup tetingkap.

Semakan keselamatan

Semakan keselamatan Chrome boleh mengesahkan keseluruhan keselamatan dan privasi bagi pengalaman menyemak imbas anda. Ciri ini akan memberitahu anda jika mana-mana kata laluan yang disimpan dalam Chrome telah terjejas, membenderakan sambungan berbahaya dan membantu anda memastikan perlindungan keselamatan anda terkini.

Kawalan privasi

Pengalaman Chrome anda boleh disesuaikan untuk anda. Daripada pengurusan kata laluan kepada hasil carian. Kawal tetapan privasi anda di Chrome, termasuk kebenaran untuk laman-laman mengakses lokasi atau kamera anda.

Kedai Chrome
Ketahui lebih lanjut
tentang Chrome.
Ketahui cara keselamatan yang terbina dalam
setiap produk yang kami hasilkan.