Membantu menjadikan
Internet lebih selamat.

Menghasilkan teknologi untuk semua orang bermakna melindungi semua orang yang menggunakan teknologi tersebut. Kami komited untuk membina dan berkongsi teknologi privasi dan keselamatan yang melindungi pengguna kami serta mendorong industri untuk maju ke hadapan.

Video tentang Privasi pada Google Assistant
Membuat pembaharuan untuk memastikan
pengguna kami selamat dalam talian.

Apabila ancaman baharu timbul dan keperluan pengguna berubah, kami membuat pembaharuan secara berterusan untuk melindungi maklumat peribadi setiap pengguna secara automatik, pada setiap tahap risiko, bagi semua produk kami.

Telefon menunjukkan seseorang menulis "he" dan Google meramal auto "Hey"

Pembelajaran Bersekutu

Membina produk berguna menggunakan kurang data

Pembelajaran bersekutu ialah teknologi peminimuman data yang dipelopori oleh Google yang membawa kecerdasan pembelajaran mesin (juga dikenali sebagai "ML" atau "Machine Learning") ke peranti anda. Pendekatan baharu ini menggabungkan maklumat awanama daripada peranti berbeza untuk melatih model ML. Pembelajaran bersekutu membantu mengekalkan privasi anda dengan menyimpan sebanyak mungkin maklumat peribadi pada peranti anda.

Program Perlindungan Lanjutan

Perlindungan Google yang paling kukuh untuk pengguna yang paling memerlukannya

Program Perlindungan Lanjutan melindungi Google Account peribadi pihak yang berisiko menjadi sasaran serangan yang disasarkan dalam talian – seperti wartawan, aktivis, tokoh perniagaan dan pasukan kempen politik. Program ini memberikan perlindungan akaun yang menyeluruh terhadap pelbagai ancaman dan terus berkembang untuk menambah perlindungan baharu.

Meningkatkan standard industri
untuk menjadikan Internet
lebih selamat untuk semua orang.

Kami mahu melindungi pengguna kami pada bila-bila masa mereka dalam talian dengan mengukuhkan perlindungan seluruh Internet, bukan hanya produk dan perkhidmatan Google. Kami mencipta beberapa teknologi privasi dan keselamatan paling canggih di dunia dan berkongsi kebanyakan teknologi tersebut secara terbuka dengan pihak lain.

Telefon dengan pemberitahuan bahawa sambungan adalah selamat

Penyulitan HTTPS

Membantu menjadikan laman selamat di seluruh web melalui penyulitan lanjutan

Langkah menyandarkan perkhidmatan kami dengan penyulitan HTTPS memastikan anda dapat menyambung ke tapak dan memasukkan maklumat peribadi anda seperti nombor kad kredit tanpa sesiapa memintas maklumat anda. Kami akan terus melabur untuk memastikan laman dan perkhidmatan kami menyediakan HTTPS moden secara lalai. Kami juga akan membantu seluruh web untuk turut beralih kepada HTTPS dengan menyediakan alatan dan sumber kepada semua pembangun.

Privasi Kebezaan

Membantu organisasi menjadikan data awanama dengan privasi kebezaan

Privasi kebezaan adalah teknologi awanama yang membolehkan kami mendapatkan cerapan data tanpa menjejaskan ketanpanamaan pengguna. Kami mengambil masa lebih sedekad untuk membina pustaka algoritma privasi kebezaan terbesar di dunia dan kami menjadikan pustaka tersebut sumber terbuka bagi membantu organisasi menggunakan perlindungan privasi yang sama pada data mereka dengan mudah.

Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google
Mereka bentuk masa depan
keselamatan dalam talian.

Diketuai oleh pasukan jurutera yang berpengalaman, Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google ialah hab global untuk kerja keselamatan internet Google. Dengan memahami masalah, membangunkan penyelesaian, bekerjasama dengan pihak lain dan memperkasakan pengguna yang berada di mana-mana sahaja, kami boleh membina internet yang lebih selamat untuk semua.

Ketahui lebih lanjut