Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa

Kami menggunakan data untuk menyampaikan kepada anda iklan yang berkaitan dalam produk Google, di tapak web rakan kongsi dan dalam apl mudah alih. Walaupun iklan ini membantu dalam membiayai perkhidmatan kami dan menjadikan perkhidmatan kami percuma untuk semua orang, maklumat peribadi anda tidak akan dijual. Kami turut menyediakan tetapan iklan yang lengkap kepada anda supaya anda dapat mengawal iklan yang anda lihat dengan lebih berkesan.

Memahami cara iklan Google berfungsi

  • Kami menggunakan data untuk menjadikan iklan lebih berkaitan dan berguna buat anda

    Kami menggunakan data untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih berguna dan untuk menyiarkan iklan yang berkaitan, yang membantu kami menyediakan perkhidmatan kami secara percuma untuk semua orang. Tanpa memperkenalkan diri anda secara peribadi kepada pengiklan atau pihak ketiga yang lain, kami mungkin menggunakan data yang termasuk carian dan lokasi anda, tapak web dan apl yang anda gunakan, video dan iklan yang telah anda lihat dan maklumat asas yang telah anda berikan kepada kami, seperti julat umur dan jantina.

    Bergantung pada Tetapan Iklan anda dan sama ada anda log masuk atau tidak, data ini memberitahu iklan yang anda lihat pada semua peranti anda dan semua tapak yang bekerjasama dengan kami untuk menyiarkan iklan. Oleh itu, jika anda melawati tapak web pelancongan pada komputer di tempat kerja, anda mungkin akan melihat iklan lain yang disiarkan oleh Google tentang tiket kapal terbang ke Paris pada telefon anda malam itu.

  • Kami dibayar oleh pengiklan untuk meletakkan iklan

    Kami mahu bersikap telus tentang cara kami menjana pendapatan melalui pengiklanan, baik pada perkhidmatan kami mahupun tapak web dan apl yang bekerjasama dengan kami. Bagi sesetengah jenis iklan, pengiklan memberi kami bayaran bagi peletakan iklan sahaja dan bagi jenis yang lain, mereka memberi kami bayaran berdasarkan prestasi iklan mereka. Prestasi iklan boleh termasuk perkara seperti, setiap kali seseorang melihat atau mengetik iklan atau mengambil tindakan setelah melihat iklan, seperti memuat turun apl atau mengisi borang permintaan.

  • Kami menunjukkan prestasi iklan kepada pengiklan

    Kami memberi pengiklan data tentang prestasi iklan mereka, tetapi kami berbuat demikian tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi anda. Pada setiap titik dalam proses pemaparan iklan, kami memastikan maklumat peribadi anda dilindungi dan dirahsiakan.

Membolehkan anda mengawal pengalaman iklan Google anda

  • Kawal maklumat yang digunakan oleh Google untuk menyiarkan iklan diperibadikan kepada anda

    Dalam Tetapan Iklan, kami memudahkan anda mengawal jenis data yang kami gunakan untuk memperibadikan iklan yang disiarkan kepada anda. Ini termasuk maklumat yang telah anda tambahkan pada Akaun Google anda, tekaan kami tentang minat anda berdasarkan aktiviti anda dan interaksi dengan pengiklan lain yang bekerjasama dengan kami untuk menyiarkan iklan.

    Aktiviti anda mempengaruhi iklan yang kami siarkan kepada anda, tetapi kawalan sentiasa di tangan anda. Sebagai contoh, kami mungkin menganggap anda seorang peminat bola sepak kerana anda telah menonton sorotan daripada perlawanan baru-baru ini di YouTube atau mencari “padang bola sepak berdekatan saya” di Carian Google. Jika anda telah melawati tapak pengiklan rakan kongsi, kami mungkin mencadangkan iklan berdasarkan lawatan tersebut.

    Apabila pemperibadian iklan dihidupkan, anda boleh memilih apa-apa maklumat - umur dan jantina, minat yang disimpulkan atau interaksi terdahulu dengan pengiklan - ketahui lebih lanjut tentang sebab maklumat tersebut digunakan, matikannya atau nyahaktifkan iklan diperibadikan sepenuhnya. Anda tetap akan melihat iklan, tetapi besar kemungkinan iklan tersebut kurang berkaitan.

  • Ketahui jenis data yang kami gunakan untuk menyiarkan iklan kepada anda

    Kami mahu membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang data yang kami gunakan untuk menyiarkan iklan kepada anda. "Mengapa Iklan Ini" ialah ciri yang membolehkan anda mengetahui sebab anda melihat iklan yang tertentu. Misalnya, anda mungkin melihat iklan untuk kamera kerana anda telah membuat carian tentang kamera, melawat tapak web fotografi atau mengklik iklan untuk kamera sebelum ini. Atau jika anda melihat iklan untuk restoran, anda mungkin mendapati iklan itu dipaparkan kerana lokasi anda atau aktiviti apl mudah alih anda. Jenis data sebegini membantu kami memaparkan iklan tentang perkara yang mungkin berguna buat anda. Tetapi ingat bahawa kami tidak akan sekali-kali berkongsi sebarang maklumat peribadi ini dengan pengiklan.

    Anda boleh mengakses ciri ini melalui ikon maklumat pada perkhidmatan kami, seperti Carian, YouTube, Gmail, Play dan Beli-belah. Untuk kebanyakan iklan yang anda lihat di tapak rakan kongsi atau dalam apl yang menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh mengakses "Mengapa iklan ini" melalui ikon yang serupa.

  • Alih keluar iklan yang tidak ingin anda lihat

    Anda boleh mengalih keluar banyak iklan yang kami siarkan menerusi tapak web dan apl rakan kongsi kami apabila anda melihatnya. Dengan memilih X di penjuru iklan, anda boleh mengalih keluar iklan yang anda dapati tidak lagi berkaitan. Sebagai contoh, iklan kereta mungkin membantu semasa anda berminat untuk membeli kereta baharu dahulu, tetapi setelah selesai membeli kereta baharu dan bergembira memandunya, anda mungkin tidak ingin lagi melihat iklan daripada Google berkaitan kereta yang baru sahaja anda beli itu.

    Jika anda log masuk, dan bergantung pada Tetapan Iklan anda, kawalan ini akan diterapkan di seluruh tapak web dan apl yang bekerjasama dengan kami pada semua peranti yang anda gunakan untuk log masuk. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan iklan timbul dalam Chrome dan kebanyakan penyemak imbas lain.

  • Matikan iklan daripada pengiklan tertentu

    Anda dapat mengawal pengalaman iklan anda, baik pada produk Google mahupun di seluruh Internet. Kadangkala, pengiklan menyiarkan iklan kepada anda selepas anda melawati tapak web mereka dan mereka menggalakkan anda untuk kembali - seperti apabila anda melihat iklan kasut selepas anda membeli-belah kasut tersebut. Sekiranya anda tidak mahu melihat iklan itu lagi atas apa-apa jua sebab, anda boleh mematikan iklan tersebut daripada pengiklan tertentu yang mengikuti anda di semua produk Google kami daripada Carian, YouTube dan Gmail. Tetapan ini juga digunakan untuk iklan yang anda lihat di seluruh Internet pada tapak dan apl yang bekerjasama dengan kami untuk menyiarkan iklan.

    Jika anda telah log masuk dan berada dalam Tetapan Iklan, anda juga boleh mematikan iklan daripada pengiklan tertentu pada perkhidmatan Google yang menyiarkan iklan.

Menggunakan data untuk menjadikan iklan lebih berguna kepada anda

  • Iklan Carian menggunakan aktiviti anda agar lebih berkaitan secara peribadi

    Apabila anda menggunakan Carian Google, iklan mungkin dipaparkan bersama dengan hasil carian yang berkaitan. Pada kebanyakan masa, iklan ini dicetuskan oleh carian yang baru sahaja anda lakukan dan lokasi anda. Sebagai contoh, jika anda melakukan carian untuk “basikal”, anda mungkin akan melihat iklan jualan murah basikal di kedai berhampiran anda.

    Dalam kes lain, kami menggunakan data tambahan seperti carian lepas atau tapak web yang pernah anda lawati untuk membantu kami menyampaikan iklan yang lebih berguna. Oleh sebab anda pernah melakukan carian untuk “basikal”, jika anda melakukan carian untuk “percutian” pula, anda mungkin akan melihat iklan Carian untuk destinasi percutian yang sesuai untuk berbasikal.

  • Iklan Gmail adalah berdasarkan aktiviti anda

    Iklan yang anda lihat dalam Gmail adalah berdasarkan data yang dikaitkan dengan Akaun Google anda. Contohnya, aktiviti anda dalam perkhidmatan Google yang lain seperti YouTube atau Carian boleh mempengaruhi jenis iklan yang anda lihat di Gmail. Google tidak menggunakan kata kunci atau mesej dalam peti masuk anda untuk memaparkan iklan kepada anda. Tiada sesiapa yang membaca e-mel anda untuk memaparkan iklan kepada anda.

  • Iklan Google Play membantu anda menemui apl yang mungkin anda sukai

    Anda boleh menemui berjuta-juta apl daripada Google dan pembangun lain di Gedung Google Play kami. Apabila anda menyemak imbas pada peranti Android, iklan mungkin disiarkan berdasarkan istilah carian anda, apl yang telah anda pasang atau gunakan atau kesamaan apl tersebut dengan apl yang sedang anda gunakan. Sebagai contoh, jika anda mencari “apl perjalanan”, anda mungkin akan melihat iklan apl perancang perjalanan.

  • Iklan YouTube menggunakan aktiviti carian dan tontonan anda agar lebih berkaitan

    Apabila menonton video di YouTube, anda mungkin melihat iklan dimainkan dahulu pada halaman video itu atau sebagai video berkaitan di halaman utama. Iklan mungkin disiarkan berdasarkan data seperti video yang telah anda tonton, perkara atau tempat yang telah anda cari atau apl yang anda gunakan.

    Sebagai contoh, jika anda mencari “hiasan rumah” atau menonton video DIY, anda mungkin melihat iklan untuk siri tambah baik rumah. Iklan ini membantu menyokong pencipta video yang anda tonton.

    Anda boleh melangkau banyak iklan YouTube jika anda tidak mahu menontonnya atau anda boleh melanggan YouTube Premium untuk menikmati YouTube tanpa iklan.

  • Iklan Beli-belah membantu anda menemui item yang dicari

    Apabila anda mencari produk di Carian Google, kadangkala kami memaparkan iklan Beli-belah bersama dengan hasil carian yang berkaitan. Perniagaan yang menjual produk menggunakan iklan Beli-belah untuk memudahkan anda menemui item yang dicari dengan pantas dan membelinya secara dalam talian atau di kedai berdekatan. Iklan ini disiarkan berdasarkan produk yang anda cari, lokasi anda dan kedai dalam talian yang pernah anda semak imbas.

    Sebagai contoh, jika anda mencari “sofa kulit”, anda mungkin akan melihat iklan yang mengandungi gambar, harga dan lokasi kedai untuk sofa kulit yang dijual di kedai perabot berhampiran anda.

  • Tapak web dan apl rakan kongsi menggunakan aktiviti dalam talian anda untuk mencipta iklan yang lebih berguna kepada anda

    Banyak tapak web dan apl mudah alih bekerjasama dengan kami untuk menyiarkan iklan. Apabila kami menyiarkan iklan di tapak dan apl rakan kongsi ini, iklan tersebut adalah berdasarkan kandungan yang anda baca atau tonton, "jenis" khalayak berdasarkan maklumat peribadi yang pengguna kami telah kongsikan dengan kami dan data yang kami kumpul tentang aktiviti dalam talian anda: contohnya, "Wanita berusia antara 35 hingga 44 tahun yang minat melancong".

    Kami juga mungkin menyiarkan iklan kepada anda berdasarkan tapak yang telah anda lawati atau aktiviti penyemakan imbas Chrome anda semasa log masuk ke Akaun Google anda. Misalnya, anda mungkin melihat iklan untuk kasut kembara berjalan kaki yang anda tambahkan pada troli beli-belah dalam talian anda tetapi memutuskan untuk tidak membeli. Walau bagaimana kami melakukannya tanpa mendedahkan sebarang maklumat peribadi, seperti nama, alamat e-mel atau maklumat bil.

Ketahui lebih lanjut tentang usaha keselamatan kami

Keselamatan anda

Kami melindungi anda dalam talian dengan keselamatan yang termaju dalam industri.

Privasi anda

Kami membina privasi yang sesuai untuk semua orang.

Untuk keluarga

Kami membantu anda mengurus tetapan yang sesuai dalam talian untuk keluarga anda.