Melindungi privasi anda
bermula dengan keselamatan
paling maju di dunia.

Semua produk Google dilindungi secara berterusan oleh salah sebuah infrastruktur keselamatan paling maju di dunia. Keselamatan terbina dalam ini mengesan dan menghalang ancaman dalam talian secara automatik, jadi anda boleh berasa yakin bahawa maklumat peribadi anda selamat.

Memastikan anda lebih selamat dalam talian
dengan teknologi keselamatan
yang sentiasa dikemas kini.

Penyulitan

Penyulitan mengekalkan kerahsiaan dan keselamatan data semasa dalam transit

Penyulitan membawakan tahap keselamatan dan privasi yang lebih tinggi kepada perkhidmatan kami. Apabila anda menghantar e-mel, berkongsi video, melawat laman web atau menyimpan foto anda, data yang anda hasilkan itu bergerak antara peranti anda, perkhidmatan Google dan pusat data kami. Kami melindungi data ini dengan berbilang lapisan keselamatan, termasuk teknologi penyulitan terkemuka seperti HTTPS dan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (dikenali sebagai TLS atau "Transport Layer Security") .

Makluman Keselamatan

Makluman keselamatan proaktif membantu melindungi maklumat peribadi anda

Kami akan memberitahu anda secara proaktif jika kami mengesan sesuatu yang kami rasa anda harus ketahui, seperti log masuk yang mencurigakan atau laman web, fail atau apl hasad dan kami akan memberikan panduan untuk membantu anda memperkukuhkan keselamatan anda. Misalnya, di Gmail, kami akan memberikan amaran kepada anda sebelum anda memuat turun lampiran yang mungkin menjejaskan keselamatan anda atau jika seseorang log masuk ke akaun anda daripada peranti yang tidak dikaitkan dengan anda. Apabila kami mengesan sesuatu yang mencurigakan dalam akaun anda, kami akan menghantar pemberitahuan ke peti masuk atau telefon supaya anda dapat melindungi akaun anda dengan satu klik.

Menyekat iklan tidak elok

Menyekat iklan hasad dan mengelirukan sebelum iklan tersebut sampai kepada anda

Pengalaman dalam talian anda mungkin terjejas dan keselamatan anda mungkin dijejaskan oleh iklan yang membawa perisian hasad, yang menutup kandungan yang ingin anda lihat, yang mempromosikan barangan palsu atau pun yang menyalahi dasar pengiklanan kami. Kami memberikan perhatian yang serius kepada masalah ini. Setiap tahun, kami menyekat berbilion iklan tidak elok – secara purata, 100 iklan sesaat – melalui gabungan semakan oleh manusia dan perisian yang canggih. Kami juga memberi anda alatan untuk melaporkan iklan yang menyakitkan hati dan mengawal jenis iklan yang anda lihat. Kami juga menerbitkan cerapan dan amalan terbaik kami secara aktif untuk membantu usaha menjadikan internet lebih selamat untuk semua orang.

Menara pelayan data dengan logo Google Cloud di bahagian atas

Keselamatan Awan

Infrastruktur awan kami melindungi data 24/7

Kami mengendalikan salah satu infrastruktur awan yang paling selamat dan boleh dipercayai di dunia, seperti pusat data yang direka khas dan kabel bawah laut persendirian yang memindahkan data antara benua. Infrastruktur kami dipantau secara berterusan untuk melindungi data anda dan memastikan data tersedia. Sekiranya berlaku gangguan, perkhidmatan platform boleh dipindahkan daripada satu kemudahan kepada kemudahan lain secara automatik dan segera agar perkhidmatan tersebut boleh diteruskan tanpa gangguan.

ALAT PENGESAHAN

Log masuk semua akaun anda dalam talian secara selamat

Akaun dalam talian memberikan perkhidmatan yang berharga dan diperibadikan. Apabila anda log masuk ke akaun dalam talian, tindakan ini juga memberikan risiko keselamatan yang paling menonjol pada hari ini. Setiap hari, berjuta-juta kata laluan terdedah dalam pelanggaran data, yang boleh meletakkan maklumat anda dalam risiko.

Alat dan perkhidmatan pengesahan terbina dalam kami direka untuk membantu anda log masuk ke apl dan perkhidmatan yang anda gemari dengan cepat dan selamat.

Kami melindungi produk
yang anda gunakan setiap hari.
Teroka lagi cara kami
memastikan anda selamat dalam talian.