Alatan privasi yang
meletakkan kawalan di tangan anda.

Setiap orang mempunyai keutamaan yang berbeza tentang privasi. Itulah sebabnya kami membolehkan anda memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.

Kawal data yang disimpan
pada Google Account anda

Kawalan Aktiviti

Kawal data yang disimpan

Penggunaan Kawalan Aktiviti membolehkan anda menentukan jenis aktiviti yang berkaitan dengan akaun anda. Anda boleh menjedakan jenis data tertentu daripada disimpan dalam akaun anda - seperti Search dan aktiviti anda, Sejarah YouTube atau Sejarah Lokasi. Maklumat ini membolehkan kami memperibadikan pengalaman anda pada semua perkhidmatan Google.

Pergi ke Kawalan Aktiviti

Autopadam

Tetapkan data anda kepada padam secara automatik

Untuk memberi anda lebih banyak kawalan, tetapan Autopadam membolehkan anda memilih had masa untuk tempoh anda ingin menyimpan data aktiviti anda. Data yang lebih lama daripada had yang anda pilih akan dipadamkan daripada akaun anda secara berterusan dan secara automatik. Perkara ini memudahkan anda menetapkan dan melupakan tetapan itu, tetapi anda sentiasa boleh kembali dan mengemas kini tetapan ini pada bila-bila masa.

Autopadam aktiviti anda

Aktiviti Saya

Padam data daripada akaun anda pada bila-bila masa

Aktiviti Saya ialah pusat sehenti yang memaparkan segala-gala yang pernah anda cari, lihat dan tonton menggunakan perkhidmatan kami. Untuk memudahkan anda mengingat semula aktiviti dalam talian anda yang lepas, kami memberi anda alatan untuk mencarinya mengikut topik, tarikh dan produk. Anda boleh memadamkan secara kekal aktiviti tertentu, malah seluruh topik yang tidak ingin dikaitkan dengan akaun anda.

Pergi ke Aktiviti Saya
Pilih tetapan
privasi
yang
sesuai untuk anda.

Semakan Privasi

Mulakan Semakan Privasi

Dalam hanya beberapa minit, anda boleh memilih jenis data yang disimpan ke Google Account anda, mengemas kini maklumat yang anda kongsi dengan rakan atau siarkan kepada umum, dan melaraskan jenis iklan yang anda ingin kami tunjukkan kepada anda. Anda boleh mengubah tetapan ini sekerap yang anda inginkan dan memilih untuk dihantar peringatan biasa.

Kawal privasi anda,
melalui apl
yang anda gunakan setiap hari.

Mod Inkognito

Hidupkan mod Inkognito dalam Chrome, Search, YouTube dan Maps

Kini, mod Inkognito tersedia dalam apl kami yang paling popular, seperti Chrome, YouTube, Search dalam iOS dan Maps. Klik gambar profil anda untuk menghidupkan atau mematikan mod itu dengan mudah. Apabila anda menghidupkan mod Inkognito dalam Maps dan YouTube, aktiviti anda, seperti tempat yang anda cari atau video yang anda tonton, tidak akan disimpan ke Google Account anda. Sejarah aktiviti dan kuki daripada sesi Inkognito anda dipadam daripada Chrome sebaik sahaja anda menutup semua tetingkap Inkognito.

Data Anda Dalam

Kawal data anda, terus daripada apl anda

Kami telah memudahkan anda untuk membuat keputusan tentang data anda secara terus dalam perkhidmatan Google yang anda gunakan setiap hari. Contohnya, tanpa meninggalkan Search, anda boleh menyemak dan memadamkan aktiviti Carian anda yang terbaharu, mendapat akses pantas kepada kawalan privasi yang berkaitan daripada Google Account anda, dan mengetahui lebih lanjut tentang cara Search berfungsi dengan data anda. Anda boleh mengakses kawalan ini dalam Search, Maps dan Google Assistant.

Teroka lagi cara kami
memastikan anda selamat dalam talian.