Kami melindungi anda dalam talian dengan keselamatan yang termaju dalam industri.

Segala-gala yang kami hasilkan dilindungi oleh teknologi keselamatan terbina dalam yang kuat, yang membantu mengesan dan menyekat ancaman seperti spam, perisian hasad dan virus daripada menjejaskan anda. Kami turut berkongsi teknologi keselamatan ini dengan rakan kongsi mahupun pesaing, meningkatkan standard industri yang membantu untuk memastikan semua orang lebih selamat dalam talian.

Perlindungan terbina dalam

Membina perlindungan dalam segala-gala yang kami hasilkan

Perkhidmatan Google dilindungi secara berterusan oleh salah sebuah prasarana keselamatan yang termaju di dunia. Keselamatan terbina dalam ini mengesan dan menghalang ancaman dalam talian, jadi anda boleh yakin bahawa maklumat peribadi anda selamat.

Ketahui lebih lanjut

Kepimpinan keselamatan

Bekerjasama untuk mengukuhkan keselamatan di seluruh Internet

Google mempunyai sejarah yang panjang berkaitan perkongsian terbuka kami dalam bidang pengetahuan, pengalaman dan teknologi keselamatan dengan rakan kongsi, pesaing dan organisasi di seluruh dunia. Apabila ancaman keselamatan berkembang, kerjasama seluruh industri yang berterusan ini sangat penting untuk melindungi pengguna dan membantu untuk mewujudkan Internet yang lebih selamat bersama-sama.

Ketahui lebih lanjut

Petua keselamatan

Petua untuk memastikan anda lebih selamat dalam talian

Kami mengumpulkan beberapa petua dan amalan terbaik untuk anda supaya anda dapat menghasilkan kata laluan yang lebih kuat, melindungi peranti anda, mengelakkan cubaan pancingan data dan menyemak imbas di Internet dengan selamat.

Ketahui lebih lanjut

Ketahui lebih lanjut tentang usaha keselamatan kami

Keselamatan anda

Kami melindungi anda dalam talian dengan keselamatan yang termaju dalam industri.

Privasi anda

Kami membina privasi yang sesuai untuk semua orang.

Untuk keluarga

Kami membantu anda mengurus tetapan yang sesuai dalam talian untuk keluarga anda.