Prinsip privasi kami

Membangunkan produk yang direka bentuk untuk privasi untuk semua.

Kami membangunkan produk yang direka bentuk untuk privasi dan berfungsi untuk semua. Hal ini bermakna kami berhati-hati tentang data yang digunakan, cara kami menggunakan data dan cara kami melindungi data tersebut.

Prinsip ini membimbing produk, proses dan kakitangan kami untuk memastikan data dirahsiakan, selamat dan memberi anda kawalan terhadap maklumat anda.

1.

Kami tidak akan sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.

Kami menggunakan data untuk memastikan produk Google berguna pada detik yang penting. Seperti membantu anda mencari restoran berdekatan atau laluan pulang yang lebih menjimatkan minyak.

Kami turut menggunakan data untuk menyiarkan iklan yang lebih berkaitan. Walaupun iklan ini membolehkan kami menawarkan produk tanpa kos untuk semua orang, adalah penting untuk menjelaskan bahawa kami tidak pernah menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa, termasuk untuk tujuan iklan. Hal itu benar-benar melampaui batas.

2.

Kami telus tentang data yang kami kumpulkan dan tujuan pengumpulan tersebut.

Kami mahu anda mengetahui tentang data yang kami kumpulkan, cara kami menggunakan data dan sebab kami menggunakan data tersebut. Ketelusan adalah penting, maka kami menjadikan maklumat ini mudah dicari dan difahami. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan termaklum tentang cara anda menggunakan produk Google.

3.

Kami memudahkan anda mengawal maklumat peribadi anda.

Perkara ini bermakna anda dengan mudah boleh memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda dan mengawal maklumat peribadi yang telah dikongsi dengan Google pada bila-bila masa - termasuk menyemak data anda, memuat turun dan mengalihkan data tersebut kepada perkhidmatan lain jika anda mahu atau memadamkan data itu sepenuhnya.

4.

Kami mengurangkan data yang digunakan untuk terus melindungi privasi anda.

Kami tidak akan sekali-kali menggunakan kandungan yang anda buat dan simpan dalam apl seperti Drive, Gmail dan Photos untuk tujuan pengiklanan dan kami tidak akan sekali-kali menggunakan maklumat sensitif seperti kesihatan, kaum, agama atau orientasi seksual untuk menyesuaikan iklan yang dipaparkan.

Kami juga menjadikan kawalan autopadam sebagai lalai apabila anda mendaftar untuk Google Account, supaya kami dapat memadamkan secara kerap data aktiviti dalam talian anda yang dikaitkan dengan Google Account anda, seperti perkara yang anda cari dan tonton.

5.

Kami melindungi anda dengan membangunkan produk yang selamat secara lalai.

Apabila anda menggunakan produk kami, anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjalankan amanah tersebut dengan baik untuk anda. Oleh sebab itu, kami menggunakan salah satu infrastruktur keselamatan yang tercanggih di dunia untuk melindungi data anda.

Produk kami direka bentuk agar selamat secara lalai dan kami sentiasa mengukuhkan langkah keselamatan kami untuk mengesan dan melindungi daripada ancaman dalam talian yang semakin berkembang pesat, seperti pelaku jahat yang cuba mencuri maklumat peribadi anda, sebelum mereka berhadapan dengan anda.

6.

Kami membangunkan teknologi privasi lanjutan dan berkongsi teknologi tersebut dengan pihak lain.

Usaha untuk memastikan Internet terbuka, sulit dan selamat ialah teras kepada semua perkara yang kami lakukan. Keselamatan dalam talian anda tidak seharusnya berakhir dengan Google - keselamatan tersebut harus menjangkau seluruh Internet. Oleh sebab itu, kami terus membaharui teknologi privasi dan memastikan teknologi itu tersedia secara meluas. Kami berkongsi pembelajaran, pengalaman dan alatan kami dengan rakan kongsi, organisasi dan pesaing kerana usaha untuk memastikan keselamatan Internet memerlukan kerjasama semua.