Pilih kawalan ibu bapa yang
sesuai untuk keluarga anda
Kami bekerjasama secara langsung dengan pakar dan pendidik untuk membantu dalam memaklumkan jenis kawalan ibu bapa yang kami tawarkan supaya anda boleh menetapkan sempadan dan menggunakan teknologi dengan cara yang sesuai untuk keluarga anda.
Membantu anda menetapkan peraturan asas digital dengan Family Link
Pantau masa skrin
Tidak semua masa skrin sama — perkara ini bergantung pada cara anak anda menggunakan peranti mereka sama ada untuk membaca buku, menonton video atau bermain permainan. Anda boleh menggunakan Family Link untuk melihat apl yang paling kerap digunakan oleh anak anda dan menentukan apl yang boleh diakses oleh mereka.
.
Anda menentukan jumlah masa skrin yang sesuai untuk anak anda. Family Link membolehkan anda menetapkan had masa skrin harian, memilih jadual masa skrin untuk waktu sekolah atau waktu henti dan mengunci peranti Android atau ChromeOS anak anda dari jauh.
Luluskan atau tolak permintaan anak anda untuk memuat turun apl atau membuat pembelian dalam apl daripada Google Play.
Lindungi dan urus akaun anak anda
Anda juga boleh mengurus perkara yang anak anda lihat dalam talian. Laraskan kawalan ibu bapa pada perkhidmatan Google seperti Chrome, Play, YouTube dan Search. Family Link membolehkan anda menyekat laman yang tidak sesuai, menetapkan kebenaran untuk apl dan laman web dan pelbagai lagi.
Terokai lebih banyak produk yang direka bentuk untuk membantu anda memastikan keluarga anda selamat
¹Anak yang berumur melebihi umur yang bersesuaian dapat mengurus akaun sendiri.