TETAPAN PRIVASI
Apabila bercakap tentang privasi, kami tahu bahawa satu tetapan tidak memenuhi keperluan semua orang. Itulah sebabnya kami membina kawalan yang mudah digunakan supaya anda boleh memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.
Langkau kepada Kandungan
Pengalaman dalam talian yang sesuai dengan keperluan dan keutamaan peribadi anda dapat membantu anda memanfaatkan Internet dengan sepenuhnya. Sama ada anda merupakan ibu/bapa yang menetapkan had masa skrin untuk anak anda atau hanya mahu menyesuaikan jenis iklan yang anda lihat, kami membina alatan dan kawalan yang membantu anda memilih perkara yang sesuai untuk anda.
TETAPAN PRIVASI
Apabila bercakap tentang privasi, kami tahu bahawa satu tetapan tidak memenuhi keperluan semua orang. Itulah sebabnya kami membina kawalan yang mudah digunakan supaya anda boleh memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.
TETAPAN KESELAMATAN
Maklumat peribadi anda dilindungi secara automatik oleh satu daripada infrastruktur keselamatan tercanggih di dunia. Ciri keselamatan tambahan boleh dimanfaatkan dengan mudah menerusi alatan seperti Pemeriksaan Keselamatan dan kunci laluan.
TETAPAN IKLAN
Anda boleh menyesuaikan iklan yang anda lihat pada perkhidmatan Google — seperti YouTube dan Search — serta mengawal maklumat yang digunakan untuk memeribadikan iklan tersebut. Hal ini membolehkan anda melihat lebih banyak perkara yang anda suka dan melihat kurang perkara yang anda tidak suka.
KAWALAN IBU BAPA
Anda boleh mengurus perkara yang boleh dilihat dan dilakukan dalam talian oleh anak anda dengan mudah. Tetapkan penapis kandungan, luluskan apl, pantau masa skrin dan tetapkan sempadan digital yang sesuai untuk keluarga anda.