Memikul tanggungjawab
keselamatan siber di Málaga
Terletak di pusat bandar Andalusia, GSEC Málaga ialah hab keselamatan siber antarabangsa. Di sini, pakar Google berusaha untuk memahami landskap ancaman siber dan membuat alatan yang memastikan perniagaan, kerajaan serta pengguna di seluruh dunia lebih selamat dalam talian.
Inisiatif keselamatan siber kami dengan lebih terperinci
Berkongsi kepakaran keselamatan siber
Pengesanan dan respons ancaman
Kenali pakar di sebalik GSEC Málaga
-
“Sudah lama Google berusaha memastikan pengguna selamat dalam talian dan GSEC Málaga menyumbang kepada misi ini untuk menjadikan Internet tempat yang selamat.”
Bernardo Quintero
Pengasas, VirusTotal -
“Kami sedang mewujudkan ekosistem keselamatan yang membolehkan semua orang menyumbang dan memperoleh manfaat.”
Ángela Dini
Ketua Reka Bentuk, VirusTotal -
“Kami menjelaskan pengetahuan tentang serangan siber dan corak berniat jahat. Hal ini membolehkan kami memperkasakan organisasi untuk memerangi ancaman serta melindungi data, pekerja, pengguna dan perniagaan organisasi tersebut secara proaktif.”
Emiliano Martinez
Pengurus Produk Utama, VirusTotal
-
“Saya membuat penyelesaian keselamatan siber yang digunakan oleh pengguna untuk mempertahankan diri mereka daripada penjenayah siber.”
Marta Gómez
Jurutera Perisian -
“Misi kami adalah untuk membangunkan Internet yang lebih selamat untuk keluarga, perniagaan dan kerajaan merentas Eropah serta dunia.”
Juan Infantes
Ketua Teknologi, VirusTotal -
“Di GSEC Malaga, kami berkongsi kepakaran kami dengan komuniti, menggunakan ruang kami sebagai platform untuk keterlibatan siber pada semua peringkat.”
Paloma Simon
Pengurus Program GSEC Malaga
-
“Untuk memastikan pengguna selamat dalam talian, VirusTotal menyusun maklumat dunia tentang fail dan URL hasad serta menjadikan maklumat tersebut boleh diakses dan berguna secara universal.”
Karl Hiramoto
Jurutera Perisian Kanan -
"Matlamat kami adalah untuk membantu pengguna kekal selamat dalam talian dengan menjadikan perisikan ancaman boleh diambil tindakan, boleh difahami dan berguna sebaik yang mungkin."
Vicente Díaz
Jurutera Perisian