Jika tiada perlindungan,
maklumat itu bukan peribadi
Semua produk Google dilindungi secara berterusan oleh salah sebuah infrastruktur keselamatan paling maju di dunia. Keselamatan terbina dalam ini mengesan dan menghalang ancaman dalam talian secara automatik. Oleh hal yang demikian, anda boleh yakin bahawa maklumat peribadi anda selamat.
Kami memastikan lebih ramai orang selamat dalam talian berbanding dengan pihak lain di dunia
Penyulitan
Penyulitan mengekalkan kerahsiaan dan keselamatan data semasa dalam transit
Makluman keselamatan
Makluman keselamatan proaktif membantu melindungi maklumat peribadi anda
Menyekat iklan buruk
Menyekat iklan hasad dan mengelirukan sebelum iklan tersebut sampai kepada anda
Keselamatan Awan
Infrastruktur awan kami melindungi data 24/7
Kami mengendalikan salah satu infrastruktur awan yang paling selamat dan boleh dipercayai di dunia, seperti pusat data yang direka khas dan kabel bawah laut persendirian yang memindahkan data antara benua. Infrastruktur kami dipantau secara berterusan untuk melindungi data anda dan memastikan data tersedia. Sekiranya berlaku gangguan, perkhidmatan platform boleh dipindahkan daripada satu kemudahan kepada kemudahan lain secara automatik dan segera agar perkhidmatan tersebut boleh diteruskan tanpa gangguan.
ALAT PENGESAHAN
Log masuk yang lebih selamat untuk semua akaun dalam talian anda
Akaun dalam talian memberikan akses kepada perkhidmatan yang berharga dan diperibadikan. Namun log masuk ke akaun dalam talian mewujudkan risiko keselamatan yang paling menonjol pada hari ini. Setiap hari, jutaan kata laluan terdedah dalam pelanggaran data, yang boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada bahaya.
Alat pengesahan terbina dalam kami direka bentuk untuk membantu anda log masuk dengan pantas dan selamat ke apl dan perkhidmatan yang anda suka.
Alat pengesahan terbina dalam kami direka bentuk untuk membantu anda log masuk dengan pantas dan selamat ke apl dan perkhidmatan yang anda suka.