Cara paling mudah dan selamat
untuk log masuk ke akaun anda tanpa kata laluan
Kunci laluan merupakan pilihan yang lebih mudah dan selamat daripada kata laluan. Kunci laluan ini membolehkan anda log masuk dengan hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kunci skrin anda.
Link to Youtube Video (visible only when JS is disabled)
Selangkah lebih dekat menuju masa hadapan tanpa kata laluan
Mendayakan ekosistem yang lebih selamat
Membawa kunci laluan kepada perniagaan dan kerajaan
Bekerjasama untuk log masuk tanpa kata laluan yang lebih selamat merentas Internet
Soalan lazim tentang kunci laluan
Visi kami adalah untuk menuju masa hadapan tanpa kata laluan memandangkan kunci laluan menjadikan log masuk lebih mudah dan selamat. Semasa peralihan ini, kata laluan masih akan tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
Ya, anda boleh menggunakan kata laluan dan faktor ke-2 jika anda telah menetapkan ciri ini untuk log masuk. Dengan kunci laluan, anda boleh log masuk dengan lebih pantas tanpa perlu menggunakan kata laluan dan faktor kedua anda.
Jika Google mengesan bahawa anda belum mempunyai kunci laluan pada peranti, kami akan menggesa anda untuk membuat kunci laluan. Anda memerlukan satu kunci laluan bagi setiap peranti, melainkan peranti itu telah pun memiliki beberapa mekanisme untuk “menyegerakkan” kunci laluan kepada peranti lain, seperti yang dilakukan oleh Apple iCloud. Dalam situasi ini, anda hanya memerlukan kunci laluan tunggal untuk semua peranti iCloud anda.
Ya, anda boleh terus log masuk menggunakan kaedah log masuk tradisional anda iaitu dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
Anda boleh kembali kepada pilihan pengesahan lama seperti kata laluan dan pengesahan 2 langkah tradisional pada bila-bila masa. Jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, anda juga boleh menggunakan aliran pemulihan Google Account. Kami menggalakkan anda untuk menambahkan e-mel dan nombor telefon untuk memastikan anda sentiasa dapat mengakses akaun anda.
Jika anda menggunakan “Log masuk dengan Google”, maka tindakan tersebut tidak perlu dilakukan. Anda hanya memerlukan kunci laluan untuk mengakses Google Account anda. Jika anda menggunakan log masuk “berasaskan kata laluan” secara terus pada laman web/perkhidmatan/apl hari ini, anda mungkin akan ditawarkan untuk membuat kunci laluan yang berasingan bagi perkhidmatan tersebut apabila anda log masuk seterusnya, jika perkhidmatan tersebut menyokong kunci laluan.
Kunci laluan boleh disimpan pada kunci keselamatan fizikal atau pada peranti pengkomputeran anda (telefon, PC, Mac dll). Selama bertahun-tahun, satu-satunya tempat pengguna boleh menyimpan kunci laluan adalah pada kunci keselamatan fizikal. Kini, untuk kemudahan tambahan, anda boleh mendapatkan tahap perlindungan yang sama daripada pancingan data yang anda peroleh dengan kunci laluan pada kunci keselamatan, daripada kunci laluan yang kini disimpan pada telefon anda dan peranti lain. Anda tidak perlu melakukan apa-apa tindakan secara berbeza; segala-galanya kini lebih mudah. Kunci laluan pada kunci keselamatan fizikal tidak diperlukan lagi semasa log masuk. Kini anda boleh menggunakan kunci laluan pada komputer riba atau desktop anda.
Tidak, anda masih boleh memilih untuk terus menggunakan kata laluan anda untuk log masuk. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, apabila pengguna semakin terbiasa dengan kunci laluan, kami mungkin akan mengehadkan penggunaan kata laluan kerana kurang selamat berbanding dengan kunci laluan.