Langkau kepada Kandungan

Perisai biru dengan ikon G berwarna putih.

Cara yang lebih selamat untuk log masuk ke semua akaun dalam talian anda

Proses log masuk ke semua akaun dalam talian anda seharusnya lebih lancar. Anda sepatutnya dapat log masuk dengan cepat dan mudah tanpa perlu bimbang tentang maklumat peribadi akaun anda yang mungkin tidak dilindungi. Alatan pengesahan terbina dalam kami direka bentuk untuk membantu anda log masuk ke apl dan perkhidmatan yang anda gemari dengan cepat dan selamat.
Play video Pause video
Kunci laluan

Log masuk dengan mudah dan selamat, tanpa kata laluan

Kunci laluan menawarkan log masuk yang paling mudah dan selamat menggunakan kunci skrin peranti anda. Maka, anda boleh log masuk dengan hanya memandang sekilas ke arah telefon anda atau mengimbas cap jari anda. Kunci laluan ialah standard industri dan berfungsi merentas semua peranti dan platform anda.

Log masuk yang mudah merentas semua peranti anda
Kunci laluan tidak perlu diingati atau ditaip. Sebaliknya, anda boleh menggunakan cap jari, imbasan wajah, PIN atau kunci skrin yang lain untuk log masuk dua kali lebih pantas berbanding dengan log masuk menggunakan kata laluan. Oleh sebab kunci laluan disimpan dalam Google Account anda, kunci laluan tersedia pada semua peranti anda yang disegerakkan.

Keselamatan akaun generasi seterusnya
Berdasarkan standard FIDO Alliance dan W3C, kunci laluan memanfaatkan protokol kriptografi kunci awam yang sama yang menyokong kunci keselamatan fizikal, menjadikan kunci laluan tersebut tahan terhadap pancingan data, penyumbatan bukti kelayakan dan serangan jauh yang lain.
Play video Pause video
Log masuk dengan Google

Cara yang lebih selamat untuk log masuk ke apl dan perkhidmatan kegemaran anda

Anda sepatutnya dapat log masuk ke semua akaun dalam talian anda dengan cepat dan selamat. Anda boleh log masuk ke ribuan apl dan laman web dengan lebih selamat dan mudah, tanpa rasa bimbang kerana maklumat log masuk anda kekal dirahsiakan, selamat dan terjamin dengan Google Account anda.

Log masuk atau daftar dengan selamat di mana-mana dengan hanya satu ketik
Menggunakan Log masuk dengan Google, anda selamat daripada pelaku jahat yang mencuri kata laluan anda untuk apl dan perkhidmatan pihak ketiga. Walaupun apl atau perkhidmatan mengalami insiden keselamatan, Log masuk dengan Google akan terus melindungi anda dengan mengesahkan setiap log masuk secara unik.

Lagi kawalan terhadap akaun dan sambungan anda
Urus cara anda menggunakan Log masuk dengan Google, akaun terpaut dan sambungan pihak ketiga yang lain dengan Google Account anda. Anda boleh melihat, mengemaskinikan dan mengurus data yang anda pilih untuk dikongsi pada satu tempat, memastikan semuanya teratur dan terkawal. Semak sambungan anda sekarang
Play video Pause video
Pengesahan 2 langkah

Halang penggodam dengan Pengesahan 2 Langkah

Pengesahan 2 Langkah menghalang sesiapa yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada akaun anda dengan meminta anda menggunakan proses pengesahan kedua selain nama pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk ke akaun anda. Bagi mereka yang menjadi sasaran serangan dalam talian dan memerlukan perlindungan yang lebih kukuh, ketahui perihal Program Perlindungan Lanjutan dengan lebih lanjut
Imej telefon dengan UI semakan kata laluan.
Password Manager

Kata laluan kukuh membantu untuk memastikan anda selamat

Tindakan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun dalam talian anda merupakan langkah penting untuk memastikan maklumat peribadi anda sulit. Walau bagaimanapun, majoriti orang menyatakan bahawa mereka menggunakan kata laluan lemah yang sama merentas berbilang laman, meningkatkan kerentanan akaun mereka.

Password Manager Google membantu anda mengurus kata laluan dan kunci laluan anda
Terbina dalam Chrome dan Android, Password Manager Google mencadangkan, menyimpan dan mengisi kata laluan untuk semua akaun dalam talian anda dengan selamat. Kunci laluan berfungsi bersama-sama kata laluan dan dapat diurus dengan mudah pada tempat yang sama. Urus Kata laluan dan Kunci laluan yang telah disimpan

Amaran Kata Laluan membantu anda memastikan kata laluan anda selamat
Pelanggaran data baharu mendedahkan jutaan nama pengguna dan kata laluan kepada umum setiap hari. Google memantau kata laluan yang terjejas, oleh hal yang demikian jika mana-mana kata laluan anda yang disimpan didapati terlibat dalam pelanggaran data, kami akan memaklumi anda secara automatik.

Semakan Kata Laluan Kukuhkan keselamatan Google Account anda

Lindungi semua akaun dalam talian anda dengan menjalani Semakan Kata Laluan. Uji kekuatan kata laluan anda, semak untuk melihat sama ada anda telah menggunakan mana-mana kata laluan lebih daripada sekali atau tidak dan ketahui sekiranya mana-mana kata laluan telah terjejas.