Iklan anda, pilihan anda
Sesuaikan iklan yang anda lihat pada Google Search dan YouTube dengan mudah - serta kawal maklumat yang digunakan untuk memeribadikan iklan tersebut.
Langkau kepada Kandungan
“Tiada perkara yang lebih penting daripada memastikan anda selamat dalam talian. Membangunkan produk yang selamat secara lalai, direka bentuk untuk privasi dan produk yang memberi anda kawalan ialah cara kami memastikan bahawa, setiap hari, anda lebih selamat dengan Google”.
— Jen Fitzpatrick,
Naib Presiden Kanan, Sistem Teras & Pengalaman di Google
Kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.
Kami tidak akan sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa, termasuk untuk tujuan iklan.
Kami telus tentang data yang kami kumpulkan dan tujuan pengumpulan tersebut.
Kami melabelkan iklan dan kandungan tajaan dengan jelas pada platform kami dan memudahkan anda memahami sebab iklan tertentu dipaparkan, maklumat yang digunakan dan cara anda boleh mengawal pengalaman Google Ads anda.
Sebagai contoh, untuk Search, YouTube dan Discover, Pusat Iklan Saya menunjukkan kepada anda maklumat yang digunakan untuk pengiklanan dan memudahkan anda mengurus maklumat tersebut supaya pengalaman itu sesuai untuk anda.
Kami memudahkan anda mengawal maklumat peribadi anda.
Anda mengawal maklumat anda dan cara maklumat itu digunakan untuk pengiklanan. Aktiviti anda pada Google — seperti laman yang anda lawati dan perkara yang anda cari — digunakan untuk menyampaikan pengalaman yang lebih baik dan lebih berguna merentas produk kami, termasuk iklan, berdasarkan pilihan anda.
Pusat Iklan Saya membolehkan anda menyesuaikan pengalaman iklan anda pada Google Search, Discover dan YouTube untuk melihat lebih banyak jenama dan topik yang anda suka dan kurang daripada yang tidak anda suka. Anda juga boleh memilih untuk mengurangkan iklan tentang topik iklan sensitif tertentu, termasuk tentang arak, dating, perjudian, kehamilan dan keibubapaan serta penurunan berat badan.
Anda boleh mematikan pemeribadian iklan sepenuhnya dan juga memadamkan data aktiviti yang terikat pada akaun anda secara kekal pada bila-bila masa dengan tetapan data dan privasi.
Kami mengurangkan data yang kami gunakan untuk terus melindungi privasi anda.
Kami tidak akan sekali-kali menggunakan maklumat sensitif seperti kesihatan, kaum, agama atau orientasi seksual untuk menyesuaikan iklan yang dipaparkan.
Kami tidak akan sekali-kali menggunakan kandungan yang anda buat dan simpan dalam apl seperti Drive, Gmail dan Photos untuk tujuan pengiklanan.Untuk terus melindungi privasi anda, kami menjadikan autopadam sebagai ciri lalai untuk tetapan aktiviti teras kami. Hal ini bermakna data aktiviti yang dikaitkan dengan akaun anda akan dipadamkan secara automatik dan berterusan selepas 18 bulan dan bukannya disimpan sehingga anda memilih untuk memadamkan data tersebut.
Kami sentiasa mencari cara memastikan kanak-kanak lebih selamat dalam talian dan tidak membenarkan pemeribadian iklan untuk kanak-kanak yang diketahui berumur bawah 18 tahun.
Kami melindungi anda dengan membangunkan produk yang selamat secara lalai.
Melindungi privasi dan data anda merupakan teras kepada usaha Google. Itulah sebabnya semua produk Google dilindungi secara berterusan oleh salah satu infrastruktur keselamatan paling maju di dunia. Keselamatan terbina dalam ini membantu untuk mengesan dan menghalang ancaman dalam talian yang sentiasa berubah-ubah, termasuk penipuan dan percubaan untuk mendapatkan maklumat peribadi melalui iklan penipuan, untuk membantu anda memastikan maklumat anda selamat.
Selain itu, untuk memastikan keselamatan anda, kami mengesahkan pengiklan di seluruh dunia dan berusaha untuk mengesan pelaku jahat dan mengehadkan percubaan mereka untuk membuat salah nyataan tentang diri mereka sendiri. Anda boleh mengetahui hal ini dengan lebih lanjut dengan melawati hab yang boleh dicari kami untuk semua iklan yang disiarkan daripada pengiklan yang disahkan dengan Pusat Ketelusan Iklan.
Kami menggunakan aktiviti anda pada Google — seperti laman yang dilawati, apl yang digunakan dan perkara yang dicari serta maklumat berkaitan seperti lokasi — untuk menyampaikan pengalaman yang lebih baik dan lebih berguna merentas produk kami, termasuk iklan.
Kami tidak sekali-kali menggunakan maklumat sensitif seperti kesihatan, bangsa, agama atau orientasi seksual untuk menyesuaikan iklan yang anda lihat. Kami juga tidak menggunakan data daripada Drive, Gmail dan Photos untuk pengiklanan.
Anda boleh mengawal maklumat yang digunakan untuk memeribadikan iklan dan mengurus pilihan iklan anda dengan Pusat Iklan Saya .
Google menggunakan maklumat anda untuk memaparkan kepada anda iklan yang kami fikir berkaitan dengan minat anda berdasarkan aktiviti anda atau membantu anda menemukan sesuatu yang baharu.
Sebagai contoh, jika anda membuat penyelidikan tentang kereta baharu, adalah lebih berguna untuk melihat iklan yang memaparkan promosi daripada pengedar kereta tempatan daripada melihat iklan generik untuk perabot balkoni atau makanan haiwan kesayangan.
Data sentiasa dalam kawalan anda dengan alatan privasi yang mudah digunakan . Selain itu, anda sentiasa boleh memilih untuk berkongsi maklumat dengan Google dan menentukan cara maklumat itu digunakan untuk pengiklanan.
Tidak. E-mel dan perbualan anda bersifat peribadi dan sulit. Kami tidak akan sekali-kali memaparkan iklan kepada anda berdasarkan perkara yang anda tulis dalam e-mel anda, perkara yang anda sebut melalui telefon atau perkara yang anda simpan dalam perkhidmatan seperti Google Drive.
Tidak.
Kami tidak akan sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.
Ya. Anda boleh melawat Pusat Iklan Saya untuk mengemaskinikan pilihan anda atau mematikan pemeribadian iklan.
Jika anda memilih untuk tidak melihat iklan yang diperibadikan, anda masih akan melihat iklan tetapi iklan tersebut akan menjadi kurang berkaitan.