Gmail
E-mel yang
memastikan maklumat peribadi anda selamat
Gmail berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi anda daripada spam, pancingan data dan perisian hasad sebelum masuk ke peti masuk anda. Keupayaan penapisan spam dipertingkatkan AI kami menyekat hampir 10 juta e-mel spam setiap minit.
Perlindungan pancingan data
Banyak serangan perisian hasad dan pancingan data bermula dengan e-mel. Gmail menyekat lebih daripada 99.9% spam, cubaan memancing data dan perisian hasad daripada anda.
.
Penyemakan Imbas Selamat
Penyemakan Imbas Selamat melindungi anda dengan mengenal pasti pautan berbahaya dalam mesej e-mel dan memberi anda amaran sebelum anda melawati laman tersebut.
.
Amaran proaktif
Gmail memberikan amaran kepada anda sebelum anda memuat turun lampiran yang mungkin merisikokan keselamatan anda.
.
Keselamatan akaun
Kami melindungi akaun anda daripada log masuk yang mencurigakan dan aktiviti yang tidak dibenarkan dengan memantau berbilang isyarat keselamatan. Kami juga menawarkan Program Perlindungan Lanjutan untuk akaun yang paling berisiko menjadi mangsa serangan bertumpu.
.
Mod sulit
Anda boleh menjadikan mesej anda tamat tempoh selepas tempoh masa yang ditetapkan serta mengalih keluar pilihan untuk penerima mengirim semula, menyalin, memuat turun atau mencetak mesej anda daripada Gmail.
.
Penyulitan e-mel
Dalam infrastruktur Google, mesej disulitkan semasa tidak digunakan dan semasa dalam transit antara pusat data. Mesej yang beralih kepada penyedia pihak ketiga disulitkan dengan Keselamatan Lapisan Pengangkutan jika boleh atau diperlukan oleh konfigurasi.
.