E-mel yang
memastikan maklumat peribadi anda selamat.

Gmail berusaha untuk melindungi anda daripada spam, pancingan data dan perisian hasad sebelum masuk ke peti masuk anda. Keupayaan penapisan spam dipertingkatkan AI kami menyekat hampir 10 juta e-mel spam setiap minit.

Perlindungan pancingan data

Perlindungan pancingan data

Kebanyakkan serangan perisian hasad dan pancingan data bermula dengan e-mel. Gmail menyekat lebih daripada 99.9% spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad.

Penyemakan Imbas Selamat

Penyemakan Imbas Selamat

Penyemakan Imbas Selamat melindungi anda dengan mengenal pasti pautan berbahaya dalam mesej e-mel dan memberi anda amaran sebelum anda melawati laman tersebut.

Amaran proaktif

Amaran proaktif

Gmail memberikan amaran kepada anda sebelum anda memuat turun lampiran yang mungkin menjejaskan keselamatan anda.

Keselamatan akaun

Keselamatan akaun

Kami melindungi akaun anda daripada log masuk yang mencurigakan dan aktiviti yang tidak dibenarkan dengan memantau berbilang isyarat keselamatan. Kami juga menawarkan Program Perlindungan Lanjutan untuk akaun yang paling berisiko menjadi sasaran serangan.

Mod sulit

Mod sulit

Anda boleh menetapkan tarikh tamat tempoh mesej serta mengalih keluar pilihan untuk penerima mengirim semula, menyalin, memuat turun atau mencetak mesej anda daripada Gmail.

Penyulitan e-mel

Penyulitan e-mel

Dalam infrastruktur Google, mesej disulitkan semasa tidak digunakan dan semasa dalam transit antara pusat data. Mesej yang beralih ke penyedia pihak ketiga disulitkan dengan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (dikenali sebagai TLS atau "Transport Layer Security") apabila mungkin atau diperlukan oleh konfigurasi.

Ketahui lebih lanjut tentang Gmail.
Ketahui cara keselamatan yang terbina dalam
setiap produk yang kami hasilkan.