Maklumat dan kandungan
yang boleh dipercayai.
Di Google, tujuan kami adalah untuk mengimbangi antara penyampaian maklumat dengan usaha untuk melindungi pengguna dan masyarakat. Kami mengambil serius tanggungjawab ini. Matlamat kami adalah untuk menyediakan akses kepada maklumat dan kandungan yang boleh dipercayai dengan melindungi pengguna daripada bahaya, menyampaikan maklumat yang andal dan bekerjasama dengan pakar serta organisasi untuk mewujudkan Internet yang lebih selamat.
Kami memastikan anda dan seluruh masyarakat selamat dengan perlindungan lanjutan yang bukan sekadar mencegah, malah mengesan dan bertindak balas kepada kandungan yang berbahaya dan menyalahi undang-undang.
Kesan
Balas
Kami mewujudkan keyakinan terhadap maklumat dan kandungan pada platform kami dengan menyampaikan maklumat yang boleh dipercayai dan alatan terbaik yang memberi anda kawalan terhadap penilaian kandungan.
Cara kami menyusun maklumat
Algoritma pintar
Algoritma kami yang sentiasa dikemaskinikan menjadi teras bagi segala yang kami lakukan, contohnya produk seperti Google Maps dan hasil carian Search. Algoritma ini menggunakan Model Bahasa Besar dan isyarat yang canggih seperti kata kunci atau laman web di samping kebaharuan kandungan agar anda dapat menemukan hasil carian yang paling relevan dan berguna. Sebagai contoh, YouTube memaparkan kandungan yang bermutu tinggi daripada sumber yang berwibawa dalam hasil carian, syor dan panel maklumat secara ketara untuk membantu pengguna menemukan berita dan maklumat yang kena dengan masanya, tepat dan berguna.
Kami mewujudkan berbilang ciri untuk membantu anda memahami dan menilai kandungan yang dipaparkan oleh algoritma dan alatan AI generatif kami, sekali gus memastikan anda mempunyai lebih banyak konteks berkenaan dengan perkara yang dilihat dalam talian.
-
Semakan fakta dalam Search dan News
Setiap hari, Google mengemukakan semakan fakta bebas sebanyak 6 juta kali. Dengan alatan semakan fakta imej dan hasil carian Google yang canggih, anda lebih bersedia untuk mengesan maklumat salah dalam talian.
YouTube beriltizam untuk memupuk platform bertanggungjawab yang boleh diharap oleh komuniti kami, yang terdiri daripada penonton, pencipta dan pengiklan.
Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan kami.
-
Alih keluar
Kami mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar kami — menggunakan gabungan jurusemak dan teknologi.
Kami bekerjasama, memaklumkan dan berkongsi sumber dan teknologi kami secara proaktif dengan pakar dan organisasi.
Berkongsi Isyarat
Berkongsi Sumber
Kami berkongsi Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang membantu organisasi lain melindungi platform dan pengguna mereka daripada kandungan berbahaya.
-
Kit Alat Keselamatan Kanak-kanak
Kami memberi rakan kongsi seperti Adobe dan Reddit akses kepada alatan kami, Content Safety API dan CSAI Match, yang membantu mereka mengutamakan Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAM) untuk jurusemak. Alatan ini membantu rakan kongsi kami memproses lebih empat bilion kandungan setiap bulan, sekali gus membolehkan mereka membanteras penderaan seksual kanak-kanak dalam talian dengan lebih baik.
GSEC DUBLIN
Menggalas Tanggungjawab kandungan di Dublin
Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google untuk Tanggungjawab Kandungan di Dublin ialah hab serantau bagi pakar Google yang berusaha menangani penyebaran kandungan yang menyalahi undang-undang dan berbahaya di samping membolehkan kami berkongsi usaha ini dengan penggubal dasar, penyelidik dan pengawal selia. Rangkaian Pusat Kejuruteraan Keselamatan Google kami memberi pasukan kami ruang, ilham dan sokongan untuk membangunkan penyelesaian generasi seterusnya agar dapat membantu untuk meningkatkan keselamatan dalam talian.
Kesan usaha kami untuk menyediakan maklumat dan kandungan yang boleh dipercayai tidak pernah sepenting ini. Untuk berubah seiring dengan cabaran penyaringan kandungan, kami akan terus melabur dalam pembangunan dan peningkatan dasar, produk dan proses yang memberi anda ketenangan fikiran di samping membina pengalaman dalam talian yang lebih selamat untuk semua.
memastikan keselamatan semua orang dalam talian.