Cara paling mudah dan selamat untuk log masuk ke akaun anda tanpa kata laluan

Kunci laluan merupakan pilihan yang lebih mudah dan selamat daripada kata laluan. Kunci laluan ini membolehkan anda log masuk dengan hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kunci skrin anda. Ketahui lebih lanjut dengan memuat turun PDF satu halaman kami.

Muat turun PDF
Selangkah lebih dekat ke arah masa hadapan tanpa kata laluan

Kami membantu untuk membangunkan kunci laluan sebagai ahli FIDO Alliance, persatuan industri terbuka yang beriltizam untuk mengurangkan pergantungan pada kata laluan, memudahkan proses log masuk dan menjadikan Internet lebih selamat.

Cara paling mudah dan terpantas untuk log masuk

Kunci laluan adalah 4x lebih mudah untuk digunakan kerana tidak perlu diingat atau ditaip. Anda hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kunci skrin untuk log masuk merentas semua peranti dan platform anda.

Keselamatan akaun generasi seterusnya

Kunci laluan memberikan perlindungan paling kukuh terhadap ancaman seperti pancingan data. Oleh sebab kunci laluan disimpan pada peranti setempat anda, kunci laluan tidak boleh diteka atau digunakan semula, serta dapat memastikan bahawa maklumat anda selamat daripada penyerang.

Privasi anda yang unik

Kunci laluan anda kekal peribadi pada peranti peribadi anda dan tidak dikongsi dengan Google atau mana-mana rakan kongsi pihak ketiga yang lain. Anda hanya menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kunci skrin anda untuk mengesahkan identiti anda semasa mengakses kunci persendirian anda.

Menjana ekosistem yang lebih selamat

Kunci laluan memberikan pengalaman log masuk yang lebih mudah dan selamat untuk semua pengguna yang mempunyai Google Account peribadi, lebih 9 juta pelanggan Google Workspace dan apl pihak ketiga.

Membawa kunci laluan kepada perniagaan dan kerajaan

Kunci laluan memperkenalkan manfaat keselamatan dan kebolehgunaan yang bermakna kepada pengguna dan kami sangat teruja untuk menjadi penyedia awan awam utama yang pertama yang membawa teknologi ini kepada pelanggan kami — termasuk perniagaan kecil, perusahaan besar, sekolah dan kerajaan.

Bekerjasama untuk log masuk tanpa kata laluan yang lebih selamat merentas Internet

Kami bekerjasama dengan jenama untuk mendayakan kunci laluan merentas platform Chrome dan Android, serta membuat log masuk yang lebih mudah dan selamat untuk pengguna mereka. Rakan kongsi merentas e-dagang, teknologi kewangan dan industri perjalanan — serta penyedia perisian yang lain — telah menyertai perjalanan tanpa kata laluan bersama kami.

Soalan lazim tentang kunci laluan

Adakah kunci laluan akan menggantikan kata laluan sepenuhnya?

Visi kami adalah untuk mencapai masa hadapan tanpa kata laluan memandangkan kunci laluan menjadikan proses log masuk lebih mudah dan selamat. Semasa peralihan ini, kata laluan masih akan tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Bolehkah saya masih menggunakan kata laluan saya untuk log masuk selepas mendaftarkan kunci laluan?

Ya, anda boleh menggunakan kata laluan anda dan faktor kedua, jika anda telah menyediakan faktor kedua untuk log masuk. Dengan kunci laluan, anda memperoleh keupayaan untuk log masuk dengan lebih pantas tanpa menggunakan kata laluan dan faktor kedua anda.

Adakah saya perlu menyediakan kunci laluan pada semua peranti saya secara berasingan? Adakah terdapat kunci laluan yang berasingan pada telefon dan komputer riba saya?

Jika Google mengesan bahawa anda belum mempunyai kunci laluan pada peranti, kami akan menggesa anda untuk membuat kunci laluan. Anda memerlukan satu kunci laluan bagi setiap peranti, melainkan peranti itu telah pun memiliki beberapa mekanisme untuk “menyegerakkan” kunci laluan kepada peranti lain, seperti yang dilakukan oleh Apple iCloud. Dalam hal ini, hanya kunci laluan tunggal untuk semua peranti iCloud anda diperlukan.

Jika saya cuba log masuk ke peranti baharu (seperti komputer di perpustakaan) dan tidak membawa telefon saya untuk log masuk menggunakan kunci laluan, adakah terdapat cara lain untuk saya log masuk?

Ya, anda boleh log masuk menggunakan kaedah log masuk tradisional anda, yang akan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda dalam kebanyakan keadaan.

Apakah proses pemulihan akaun jika saya telah dikunci daripada mengakses telefon dan telefon saya tidak bersama saya, contohnya telefon saya hilang atau rosak dan saya tidak dapat mengesahkan identiti saya?

Anda boleh kembali kepada pilihan pengesahan lama seperti kata laluan dan pengesahan 2 langkah tradisional pada bila-bila masa. Jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, anda juga boleh menggunakan aliran pemulihan Google Account. Kami menggalakkan anda untuk menambahkan e-mel dan nombor telefon anda untuk memastikan anda boleh mengakses akaun anda pada bila-bila masa.

Adakah saya perlu menyediakan kunci laluan untuk apl lain secara berasingan jika apl tersebut disambungkan kepada Google Account saya?

Jika anda menggunakan “Log masuk dengan Google”, maka tindakan tersebut tidak perlu dilakukan. Anda hanya memerlukan kunci laluan untuk log masuk ke Google Account anda. Jika anda menggunakan proses log masuk secara terus “berasaskan kata laluan” dengan laman web/perkhidmatan/apl yang tersedia pada masa ini, anda mungkin akan ditawarkan untuk membuat kunci laluan yang berasingan bagi perkhidmatan tersebut semasa anda log masuk selepas ini, jika perkhidmatan tersebut menyokong kunci laluan.

Apakah perbezaan antara kunci laluan dengan kunci keselamatan perkakasan?

Kunci laluan boleh disimpan sama ada pada kunci keselamatan fizikal atau pada peranti pengkomputeran anda (telefon, PC, Mac dll). Selama bertahun-tahun, satu-satunya tempat pengguna boleh menyimpan kunci laluan adalah pada kunci keselamatan fizikal. Kini, untuk kemudahan tambahan, anda boleh mendapatkan tahap perlindungan yang sama daripada pancingan data yang anda peroleh dengan kunci laluan pada kunci keselamatan, daripada kunci laluan yang kini disimpan pada telefon anda dan peranti lain. Anda tidak perlu melakukan apa-apa tindakan secara berbeza; segala-galanya kini lebih mudah. Tanpa memerlukan kunci laluan pada kunci keselamatan fizikal anda semasa log masuk, kini anda boleh menggunakan kunci laluan pada komputer riba atau desktop anda.

Adakah saya wajib menggunakan kunci laluan?

Tidak, anda boleh memutuskan untuk terus menggunakan kata laluan anda untuk log masuk. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, apabila pengguna semakin terbiasa dengan kunci laluan, kami mungkin mengehadkan platform kata laluan digunakan kerana tindakan ini kurang selamat berbanding dengan penggunaan kunci laluan.

Teroka lagi cara kami
memastikan anda selamat di dalam talian.