Langkau kepada Kandungan

Perisai biru dengan G Google berwarna putih.

Kami percaya bahawa usaha melindungi privasi anda bermula dengan keselamatan termaju di dunia. Itulah sebabnya produk kami melindungi data anda dan menghormati privasi anda menerusi teknologi yang terkemuka dalam industri. Memandangkan privasi bersifat peribadi, kami memberi anda kawalan terhadap maklumat peribadi anda melalui tetapan yang mudah digunakan. Inilah caranya kami memastikan lebih ramai orang selamat dalam talian berbanding dengan pihak lain di dunia.

Direka untuk memastikan anda
dirahsiakan, selamat dan terjamin

  • Privasi
    Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap

    Privasi tidak sekadar ciri tetapi merupakan asas. Itulah sebabnya kami menerapkan amalan data yang bertanggungjawab dalam semua ciptaan yang kami bina — contohnya, kami tidak akan sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Dengan menggunakan alatan yang mudah digunakan, anda dapat memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.

    Ketahui lebih lanjut

  • Semua produk Google adalah selamat secara lalai. Sama ada anda menghantar e-mel melalui Gmail atau merancang percutian anda yang seterusnya menerusi Gemini, anda sentiasa dilindungi oleh satu daripada infrastruktur keselamatan termaju di dunia. Keselamatan dikuasakan AI kami menghentikan ancaman seperti pancingan data, perisian hasad dan komplot secara automatik sebelum ancaman tersebut sampai kepada anda.

    Ketahui lebih lanjut

    Keselamatan
    Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap
  • Mainkan video gelung senyap Jeda video gelung senyap

    Penggunaan AI secara meluas menuntut kebertanggungjawaban dari peringkat awal. Hal ini bermakna kami perlu mengendalikan risiko dan memaksimumkan manfaat untuk pengguna serta masyarakat. Berpandukan prinsip AI kami, kami memulakan pembinaan AI dengan menitikberatkan keselamatan untuk menghasilkan produk yang selamat secara lalai dan direka bentuk untuk privasi.

    Ketahui lebih lanjut

Laraskan tetapan privasi dan keselamatan anda dengan mudah, pada bila-bila masa

Anda yang menentukan cara maklumat peribadi anda dikendalikan. Kami menyediakan alatan untuk anda menyimpan, memadamkan data anda atau memadamkan data anda secara automatik.