Menghasilkan teknologi untuk semua orang bermakna melindungi semua orang yang menggunakan teknologi tersebut.

Google ditubuhkan dengan berlandaskan kepercayaan bahawa dalam segala-gala yang kami lakukan, kami haruslah sentiasa menghormati pengguna. Internet yang semakin berkembang bermakna kami perlu terus memajukan teknologi keselamatan dan alatan privasi kami untuk memastikan anda dan keluarga anda selamat semasa dalam talian.

Terokai perkara yang kami lakukan untuk memastikan anda selamat

Keselamatan Anda

Kami melindungi anda dalam talian dengan keselamatan yang termaju dalam industri.

Segala-gala yang kami hasilkan dilindungi oleh teknologi keselamatan terbina dalam yang kuat, yang membantu mengesan dan menyekat ancaman seperti spam, perisian hasad dan virus daripada menjejaskan anda. Kami turut berkongsi teknologi keselamatan ini dengan rakan kongsi mahupun pesaing, meningkatkan standard industri yang membantu untuk memastikan semua orang lebih selamat dalam talian.

Ketahui lebih lanjut

Privasi Anda

Kami membina privasi yang sesuai untuk semua orang.

Data menjadikan perkhidmatan Google lebih berguna dan berkaitan, tetapi cara kami menggunakan maklumat ini bergantung pada pilihan individu yang anda miliki. Kami memaklumkan kepada anda tentang data yang kami kumpul, cara data tersebut digunakan dan tujuannya. Kami turut membina kawalan data yang kuat dalam Akaun Google anda, jadi anda boleh memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.

Ketahui lebih lanjut

Untuk Keluarga

Kami membantu anda mengurus tetapan yang sesuai dalam talian untuk keluarga anda.

Kanak-kanak hari ini membesar dengan teknologi, tidak seperti generasi sebelumnya. Oleh itu kami bekerjasama secara langsung dengan pakar dan pendidik untuk membantu anda menetapkan sempadan serta menggunakan teknologi dengan cara yang sesuai untuk keluarga anda.

Ketahui lebih lanjut