Membantu anda mengelak penipuan dalam talian COVID‑19

Kami ingin memastikan keselamatan anda ketika berada dalam talian. Oleh sebab itu, setiap perkhidmatan yang kami hasilkan dilindungi dengan ciri keselamatan berteknologi tinggi untuk membantu anda mengesan dan menghalang ancaman sebelum ia mencapai anda.

Baru-baru ini terdapat peningkatan ketara penipuan telah menyediakan berkaitan dengan COVID‑19. Kami sediakan beberapa tip di sini untuk membantu anda mengesan dan mengelak penipuan sedemikian, demi menjaga keselamatan anda dalam talian.

Jenis-jenis penipuan COVID‑19 yang biasa berlaku

Mencuri data peribadi anda

Penipu yang meminta terlalu banyak maklumat, misalnya alamat anda, butiran akaun bank malahan nombor PIN untuk "membetulkan" polisi insurans anda atau melakukan penjejakan maklumat hubungan yang palsu.

Tawaran barangan dan perkhidmatan palsu

Diskaun besar untuk topeng muka atau langganan perkhidmatan hiburan daripada pihak ketiga yang tidak dikenali.

Menyamar sebagai pihak berkuasa

Penyamaran organisasi kerajaan yang menawarkan maklumat COVID‑19.

Tawaran perubatan palsu

Tawaran pengubatan, kit ujian, pensanitasi tangan atau topeng muka yang tidak akan diberikan.

Permintaan derma palsu untuk tujuan amal

Derma untuk membantu golongan yang terjejas akibat COVID‑19 daripada organisasi bukan berasaskan keuntungan, hospital atau organisasi lain harus diperiksa dengan teliti.

Petua untuk mengelak penipuan COVID‑19

Ketahui cara penipu menghubungi anda

Penipu mengambil kesempatan di atas peningkatan komunikasi COVID‑19 dengan menyamarkan penipuan mereka sebagai mesej tulen mengenai virus tersebut. Di samping menghantar e-mel, penipu juga akan menggunakan mesej teks, panggilan automatik dan laman web hasad untuk menghubungi anda.

Kunjungi terus laman web pihak berkuasa

Penipu sering kali menyamar sebagai sumber maklumat yang dikenali dan dipercayai. Kunjungi terus sumber seperti Soalan Lazim kementerian, moh.gov.my dan WHO.int melalui pautan rasmi untuk mendapatkan maklumat COVID‑19 yang benar dan terkini.

Berhati-hati dengan permintaan maklumat peribadi atau kewangan, berhenti sejenak dan periksa sebelum berkongsi.

Jika anda menerima permintaan maklumat daripada pihak yang tidak dikenali, luangkan masa untuk menilai mesej itu. Penipu sering kali meminta anda memberikan maklumat yang lebih daripada diperlukan, misalnya maklumat log masuk, butiran bank dan alamat. Mereka juga mungkin meminta bayaran melalui pindahan bank atau mata wang maya.

Derma terus melalui organisasi bukan berasaskan keuntungan

Sesetengah penipuan mengambil kesempatan atas sikap dermawan, meminta derma untuk membantu golongan yang terjejas oleh COVID‑19 atau menyamar sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan. Untuk berasa lebih yakin bahawa wang anda disalurkan kepada organisasi bukan untung, anda boleh menyumbang terus melalui laman web mereka ─ dan bukan melalui pautan yang dihantar kepada anda.

Periksa pautan dan alamat e-mel betul-betul sebelum mengklik.

Pautan palsu selalunya meniru laman web yang dikenali dengan menambah beberapa perkataan atau huruf. Jika anda melihat sesuatu seperti "klik di sini", gerakkan tetikus ke atas pautan tersebut atau berhenti lama pada teks untuk memeriksa sebarang kesilapan URL ─ berhati-hati supaya tidak terklik pautan itu. Perkataan yang disalah eja atau huruf dan nombor rawak dalam URL atau alamat e-mel mungkin menandakan itu satu penipuan.

Buat carian untuk melihat jika ia pernah dilaporkan.

Jika seseorang menghantar mesej palsu kepada anda, mereka juga mungkin pernah menghantarnya kepada orang lain. Salin dan tampal alamat e-mel, nombor telefon atau bahagian mesej yang mencurigakan ke dalam enjin carian untuk memeriksa jika ia pernah dilaporkan.

Tambah satu lagi lapisan keselamatan pada akaun anda.

Untuk perlindungan tambahan dalam talian, tambahkan ciri pengesahan dua faktor — juga dikenali sebagai pengesahan 2-langkah — pada akaun anda. Ini memberikan lapisan keselamatan tambahan dengan memerlukan dua langkah untuk mengakses akaun anda: contohnya, sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang ada pada anda secara fizikal (seperti telefon atau kunci keselamatan).

Laporkan

Sekiranya anda melihat sesuatu yang mencurigakan, laporkan di https://www.nacsa.gov.my.

Bantu orang lain mengelakkan penipuan dalam talian COVID‑19.

War-warkan maklumat ini untuk membantu individu lain agar mereka turut selamat ketika dalam talian. Kongsi tip ini dengan ahli keluarga dan rakan anda dan muat turun helaian ringkasan di bawah.

Muat turun PDF