Prinsip Privasi dan Keselamatan Kami

Kami membina privasi yang sesuai untuk semua orang. Tanggungjawab ini wujud daripada penghasilan produk dan perkhidmatan yang percuma dan boleh diakses oleh semua orang. Ini amat penting tatkala teknologi berkembang dan keperluan privasi berubah. Kami berpegang pada prinsip ini untuk membimbing produk kami, proses kami dan kakitangan kami dalam memastikan data pengguna dirahsiakan, selamat dan sentiasa dalam kawalan mereka.

  1. 1. Hormati pengguna kami. Hormati privasi mereka.

    Kami percaya bahawa idea ini tidak dapat dipisahkan. Bersama-sama, idea ini mewakili satu kepercayaan teras yang telah mempengaruhi segala-gala yang telah kami hasilkan sejak mula dan segala-gala yang akan kami hasilkan pada masa hadapan. Apabila orang ramai menggunakan produk kami, mereka mengamanahkan maklumat mereka kepada kami dan kami bertanggungjawab untuk memelihara amanah ini dengan baik. Ini bermakna sentiasa berfikir tentang jenis data yang kami gunakan, cara kami menggunakan data tersebut dan cara kami melindunginya.

  2. 2. Jelas tentang data yang kami kumpul dan tujuannya.

    Untuk membantu orang ramai membuat keputusan termaklum tentang cara mereka menggunakan produk Google, kami memudahkan mereka memahami jenis data yang kami kumpul, cara data tersebut digunakan dan tujuannya. Ketelusan bermakna menjadikan maklumat ini tersedia, difahami dan boleh diambil tindakan.

  3. 3. Tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi pengguna kepada sesiapa sahaja.

    Kami menggunakan data untuk menjadikan produk Google seperti Carian dan Peta berguna sebaik yang mungkin. Kami turut menggunakan data untuk menyampaikan iklan yang lebih berkaitan. Walaupun iklan ini membantu membiayai perkhidmatan kami dan menjadikannya percuma untuk semua orang, kami perlu menjelaskan bahawa maklumat peribadi pengguna kami tidak sekali-kali akan dijual.

  4. 4. Mudahkan orang ramai mengawal privasi mereka.

    Apabila bercakap tentang privasi, kami tahu bahawa satu tetapan tidak memenuhi keperluan semua orang. Setiap Akaun Google dibuat dengan kawalan data yang boleh dihidupkan/dimatikan. Supaya, pengguna kami boleh memilih tetapan privasi yang sesuai untuk mereka. Seiring dengan perkembangan teknologi, kawalan privasi kami juga berkembang. Ini memastikan privasi kekal menjadi pilihan individu yang dimiliki oleh pengguna.

  5. 5. Membolehkan orang untuk menyemak, mengalihkan atau memadamkan data mereka.

    Kami percaya bahawa setiap pengguna seharusnya dapat mengakses maklumat peribadi yang telah mereka kongsi dengan kami – pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. Itulah sebabnya kami terus memudahkan orang untuk mengakses dan menyemak data mereka, memuat turun dan mengalihkan data tersebut ke perkhidmatan lain jika mereka mahu atau memadamkan data itu sepenuhnya.

  6. 6. Bina teknologi keselamatan terkukuh dalam produk kami.

    Menghormati privasi pengguna kami bermaksud melindungi data yang mereka amanahkan kepada kami. Untuk memastikan setiap produk dan perkhidmatan Google selamat untuk pengguna kami, kami terus berusaha untuk menghasilkan dan menggunakan salah satu infrastruktur keselamatan yang paling canggih di dunia. Ini bermakna sentiasa mengukuhkan teknologi keselamatan terbina dalam kami untuk mengesan serta melindungi daripada ancaman dalam talian yang semakin berkembang, sebelum ancaman tersebut sempat sampai kepada pengguna kami.

  7. 7. Kepimpinan melalui teladan untuk memajukan keselamatan dalam talian bagi semua orang.

    Memastikan pengguna selamat dalam talian bukan tanggungjawab Google semata-mata – tanggungjawab ini menjangkau ke seluruh Internet. Google merupakan syarikat pertama yang menghasilkan banyak standard keselamatan yang kita semua gunakan hari ini. Kami juga terus mencipta inovasi teknologi keselamatan baharu yang boleh digunakan oleh semua orang. Kami berkongsi pembelajaran, pengalaman dan alatan keselamatan kami dengan rakan kongsi, organisasi dan pesaing di seluruh dunia, kerana keselamatan seluruh Internet memerlukan kerjasama dalam seluruh industri.

Ketahui lebih lanjut tentang usaha keselamatan kami

Keselamatan anda

Kami melindungi anda dalam talian dengan keselamatan yang termaju dalam industri.

Privasi anda

Kami membina privasi yang sesuai untuk semua orang.

Untuk keluarga

Kami membantu anda mengurus tetapan yang sesuai dalam talian untuk keluarga anda.