Alat dan petua untuk membantu anda
kekal selamat dalam talian.

Kami melindungi privasi anda dengan keselamatan yang terkemuka dalam industri secara automatik. Terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh anda ambil untuk mengurus keselamatan anda dalam talian dan memilih tahap perlindungan yang sesuai untuk anda.

Perkukuhkan keselamatan
Google Account anda.

Pemeriksaan Keselamatan

Lakukan Pemeriksaan Keselamatan

Lindungi Google Account anda dengan Pemeriksaan Keselamatan. Dapatkan pengesyoran yang diperibadikan dan boleh dilakukan untuk membantu anda mengukuhkan keselamatan Google Account anda.

PENGESAHAN 2 LANGKAH

Halang penggodam dengan Pengesahan 2 Langkah

Pengesahan 2 Langkah menghalang sesiapa yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada akaun anda dengan meminta anda menggunakan langkah kedua selain nama pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk ke akaun anda. Bagi mereka yang berisiko menjadi sasaran serangan dalam talian dan memerlukan perlindungan yang lebih kukuh, kami telah menghasilkan Program Perlindungan Lanjutan.

Sedikit bantuan dengan
kata laluan anda.

Tindakan membuat kata laluan yang unik dan kukuh untuk setiap akaun merupakan salah satu langkah paling penting yang boleh anda lakukan untuk melindungi privasi anda. Penggunaan kata laluan yang sama untuk log masuk berbilang akaun, seperti Google Account, profil media sosial dan laman web runcit, akan meningkatkan risiko keselamatan anda.

Gunakan kata laluan yang kukuh dan unik

Tindakan membuat kata laluan yang unik dan kukuh untuk setiap akaun merupakan salah satu langkah paling penting yang boleh anda lakukan untuk melindungi privasi anda. Penggunaan kata laluan yang sama untuk log masuk berbilang akaun, seperti Google Account, profil media sosial dan laman web runcit, akan meningkatkan risiko keselamatan anda.

Jejak semua kata laluan anda

Pengurus kata laluan, seperti yang terbina dalam Google Account anda, dapat melindungi dan menjejaki kata laluan yang anda gunakan pada laman dan apl. Google Password Manager membantu anda membuat, mengingati dan menyimpan semua kata laluan anda dengan selamat dan untuk log masuk ke akaun anda dengan selamat dan mudah.

Semak kata laluan anda untuk mengesan isu keselamatan

Semak kekukuhan dan keselamatan semua kata laluan anda yang disimpan dengan Semakan Kata Laluan pantas. Ketahui sekiranya mana-mana kata laluan anda yang disimpan untuk laman atau akaun pihak ketiga telah terjejas dan menukar kata laluan tersebut jika perlu dengan mudah.

Ketahui lebih lanjut tentang Password Manager Google
Pastikan peranti anda selamat.
Layari web dengan selamat.
Telefon yang menampilkan pemberitahuan bahawa sambungan adalah selamat
Elakkan penipuan dan
pancingan data dalam talian

Pengomplot boleh mengambil kesempatan daripada niat baik dengan menyamarkan komplot mereka sebagai mesej sah. Selain e-mel, pengomplot juga mungkin menggunakan mesej teks, panggilan automatik dan laman web hasad untuk mengeksploitasi anda.

Ketahui cara pengomplot dapat menghubungi anda

Pengomplot boleh mengambil kesempatan daripada niat baik dengan menyamarkan komplot mereka sebagai mesej sah. Selain e-mel, pengomplot juga mungkin menggunakan mesej teks, panggilan automatik dan laman web hasad untuk mengeksploitasi anda.

Sentiasa sahkan URL atau pautan yang mencurigakan

Pancingan data ialah percubaan untuk menipu anda supaya mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan yang penting, seperti kata laluan atau butiran bank. Pancingan data ini terdapat dalam pelbagai bentuk, seperti halaman log masuk palsu. Untuk mengelakkan daripada terkena pancingan data, jangan sekali-kali klik pada pautan yang mencurigakan; semak URL sekali lagi — dengan menuding pada pautan atau menekan lama teks pada peranti mudah alih — bagi memastikan laman web atau apl itu sah; dan pastikan URL bermula dengan “https.”

Berwaspada terhadap penyamaran

Penipu mungkin menyamar sebagai organisasi yang sah seperti kerajaan atau organisasi bukan untung. Sentiasa teruskan dengan berhati-hati apabila membaca mesej daripada seseorang yang mendakwa sebagai sumber yang berwibawa. Jika seseorang yang anda kenali menghantar e-mel kepada anda, tetapi mesej itu kelihatan aneh, akaunnya mungkin telah digodam. Jangan balas mesej atau klik mana-mana pautan melainkan anda boleh mengesahkan e-mel tersebut adalah sah. Berwaspada terhadap perkara seperti permintaan wang segera, kisah sedih terkandas di luar negara, atau orang yang mendakwa telefon mereka dicuri dan tidak dapat dihubungi.

Berhati-hati terhadap komplot e-mel atau permintaan untuk mendapatkan maklumat peribadi

Mesej daripada orang yang tidak dikenali boleh disyaki. Komunikasi daripada seseorang yang anda percaya, seperti bank anda, mungkin merupakan suatu penyamaran. Jangan balas e-mel, mesej segera atau tetingkap timbul mencurigakan yang meminta maklumat peribadi. Jangan mengklik pautan yang mencurigakan atau memasukkan maklumat peribadi dalam borang atau tinjauan yang meragukan. Jika meminta derma untuk organisasi bukan untung, layari laman web organisasi itu untuk menderma dan jangan klik pada pautan yang dihantar kepada anda.

Semak fail sebelum memuat turun

Sesetengah serangan pancingan data yang canggih boleh berlaku melalui dokumen dan lampiran PDF yang dijangkiti. Jika anda menemukan lampiran yang mencurigakan, gunakan Chrome atau Google Drive untuk membuka lampiran tersebut. Kami akan mengimbas fail secara automatik dan memberikan amaran kepada anda jika virus dikesan.

Teroka lagi cara kami
memastikan anda selamat dalam talian.