Setiap produk Google
direkakan untuk memastikan keselamatan.
Setiap hari, berbilion orang menggunakan Google untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai, sampai ke destinasi mereka, berhubung dengan orang tersayang dan banyak lagi. Apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami, tanggungjawab kami adalah untuk memastikan maklumat peribadi anda sulit, selamat dan terjamin.
Dengan selamat dan terjamin.
-
Hasil carian yang selamat dan berkualiti tinggi
Kami bekerja keras untuk memastikan anda melihat hasil carian yang membantu dan berkualiti tinggi, dan bukannya spam web, seperti laman yang tidak memenuhi jaminan kandungan berkualiti tinggi atau menggunakan taktik yang mungkin berbahaya kepada pengguna. Kami sentiasa meningkatkan teknologi kami untuk menentang spam dan bekerjasama dengan pihak selain Google untuk menyokong web yang berkualiti tinggi dan lebih selamat.
keselamatan maklumat peribadi anda.
-
Perlindungan pancingan data yang kukuh
Banyak serangan perisian hasad dan pancingan data bermula dengan e-mel. Gmail menyekat lebih daripada 99.9% spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad.
perlu dirisaukan.
-
Selamat secara lalai
Perlindungan seperti Penyemakan Imbas Selamat melindungi anda daripada laman berbahaya, perisian hasad dan ancaman apabila anda menggunakan Chrome.
terokai dunia
-
Mod inkognito
Gunakan Maps dalam mod Inkognito supaya aktiviti anda tidak akan disimpan pada peranti anda. Klik gambar profil anda untuk menghidupkan dan mematikan mod Inkognito untuk mendapatkan pengalaman yang diperibadikan, termasuk pengesyoran restoran dan ciri lain yang disesuaikan untuk anda.
pengalaman YouTube anda
-
Tetapan Iklan
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa. Kami juga menyediakan tetapan iklan agar anda dapat mengawal iklan yang anda lihat dengan lebih baik dan mematikan pemeribadian iklan dalam Tetapan Iklan.
untuk kenangan sepanjang hayat.
-
Memastikan maklumat anda selamat
Kami melindungi kenangan yang anda sandarkan pada Google Photos dengan salah satu infrastruktur keselamatan termaju di dunia. Kami juga menyulitkan maklumat anda semasa berpindah antara peranti anda, perkhidmatan Google dan pusat data kami.
yang dibina untuk melindungi pengguna.
-
Google Play Protect
Google Play Protect mengimbas apl anda secara automatik untuk memastikan apl itu selamat. Jika anda menemukan apl yang tidak elok, kami akan memberitahu anda dan mengarahkan anda tentang cara mengalih keluar apl itu daripada peranti anda dengan segera.
-
Ciri keselamatan dihidupkan secara lalai
Google Meet mempunyai ciri antipenyalahgunaan dan kawalan mesyuarat selamat yang dihidupkan secara lalai serta menyokong berbilang pilihan pengesahan dua langkah termasuk kunci keselamatan untuk memastikan mesyuarat selamat.
memastikan anda selamat dalam talian.