Alatan privasi yang
meletakkan kawalan di tangan anda.
Setiap orang mempunyai keutamaan yang berbeza tentang privasi. Itulah sebabnya kami membolehkan anda memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.
Google Account
Tetapan privasi yang mudah digunakan, semuanya di satu tempat
Anda dapat menemukan maklumat penting, tetapan privasi dan keselamatan, kesemuanya dalam Google Account anda. Kami telah membuat alatan yang mudah digunakan seperti Papan Pemuka dan Aktiviti Saya. Alatan ini memberikan ketelusan terhadap data yang dikumpulkan daripada aktiviti anda di semua perkhidmatan Google. Terdapat juga kawalan privasi yang cukup berkesan seperti Kawalan Aktiviti dan Pusat Iklan Saya. Kawalan privasi ini membolehkan anda menghidupkan atau mematikan pengumpulan dan penggunaan data untuk menentukan cara semua perkhidmatan Google boleh berfungsi dengan lebih baik untuk anda.
Akses tetapan privasi utama anda dengan pantas
Google Account anda sentiasa mudah dicari dalam perkhidmatan kami yang paling popular seperti Search, Maps, YouTube, Gmail dan Assistant. Klik gambar profil anda dan ikut pautan ke akaun anda.
pada Google Account anda
Kawalan Aktiviti
Kawal data yang disimpan
Penggunaan Kawalan Aktiviti membolehkan anda menentukan jenis aktiviti yang berkaitan dengan akaun anda. Anda boleh menjedakan jenis data tertentu daripada disimpan dalam akaun anda - seperti Search dan aktiviti anda, Sejarah YouTube atau Sejarah Lokasi. Maklumat ini membolehkan kami memperibadikan pengalaman anda pada semua perkhidmatan Google.
Pergi ke Kawalan AktivitiAutopadam
Tetapkan data anda kepada padam secara automatik
Untuk memberi anda lebih banyak kawalan, tetapan Autopadam membolehkan anda memilih had masa untuk tempoh anda ingin menyimpan data aktiviti anda. Data yang lebih lama daripada had yang anda pilih akan dipadamkan daripada akaun anda secara berterusan dan secara automatik. Perkara ini memudahkan anda menetapkan dan melupakan tetapan itu, tetapi anda sentiasa boleh kembali dan mengemas kini tetapan ini pada bila-bila masa.
Autopadam aktiviti andaAktiviti Saya
Padam data daripada akaun anda pada bila-bila masa
Aktiviti Saya ialah pusat sehenti yang memaparkan segala-gala yang pernah anda cari, lihat dan tonton menggunakan perkhidmatan kami. Untuk memudahkan anda mengingat semula aktiviti dalam talian anda yang lepas, kami memberi anda alatan untuk mencarinya mengikut topik, tarikh dan produk. Anda boleh memadamkan secara kekal aktiviti tertentu, malah seluruh topik yang tidak ingin dikaitkan dengan akaun anda.
Pergi ke Aktiviti Sayaprivasi yang sesuai untuk anda.
Semakan Privasi
Mulakan Semakan Privasi
Dalam hanya beberapa minit, anda boleh memilih jenis data yang disimpan ke Google Account anda, mengemas kini maklumat yang anda kongsi dengan rakan atau siarkan kepada umum, dan melaraskan jenis iklan yang anda ingin kami tunjukkan kepada anda. Anda boleh mengubah tetapan ini sekerap yang anda inginkan dan memilih untuk dihantar peringatan biasa.
melalui apl
yang anda gunakan setiap hari.
Mod Inkognito
Hidupkan mod Inkognito dalam Chrome, Search, YouTube dan Maps
Kini, mod Inkognito tersedia dalam apl kami yang paling popular, seperti Chrome, YouTube, Search dalam iOS dan Maps. Klik gambar profil anda untuk menghidupkan atau mematikan mod itu dengan mudah. Apabila anda menghidupkan mod Inkognito dalam Maps dan YouTube, aktiviti anda, seperti tempat yang anda cari atau video yang anda tonton, tidak akan disimpan ke Google Account anda. Sejarah aktiviti dan kuki daripada sesi Inkognito anda dipadam daripada Chrome sebaik sahaja anda menutup semua tetingkap Inkognito.
Data Anda Dalam
Kawal data anda, terus daripada apl anda
Kami telah memudahkan anda untuk membuat keputusan tentang data anda secara terus dalam perkhidmatan Google yang anda gunakan setiap hari. Contohnya, tanpa meninggalkan Search, anda boleh menyemak dan memadamkan aktiviti Carian anda yang terbaharu, mendapat akses pantas kepada kawalan privasi yang berkaitan daripada Google Account anda, dan mengetahui lebih lanjut tentang cara Search berfungsi dengan data anda. Anda boleh mengakses kawalan ini dalam Search, Maps dan Google Assistant.
memastikan anda selamat dalam talian.
-
Keselamatan terbina dalamKetahui lebih lanjut tentang perlindungan keselamatan automatik kami.
-
Amalan dataKetahui lebih lanjut tentang cara kami menghormati privasi anda dengan amalan data yang bertanggungjawab.
-
Petua keselamatanTemukan petua pantas dan amalan terbaik untuk kekal selamat dalam talian.
-
Iklan dan dataKetahui lebih lanjut tentang iklan yang anda lihat di platform kami.