Privasi anda dilindungi oleh
amalan data yang bertanggungjawab.

Data memainkan peranan penting untuk menjadikan produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari lebih berguna. Kami komited untuk mengurus data tersebut secara bertanggungjawab serta melindungi privasi anda dengan protokol yang ketat dan teknologi privasi yang inovatif.

PEMINIMUMAN DATA

Mengehadkan maklumat peribadi yang digunakan dan disimpan

Kami percaya bahawa produk harus menyimpan maklumat anda hanya selagi maklumat tersebut berguna dan membantu anda - sama ada maklumat tersebut dapat mencari destinasi kegemaran anda pada Maps atau mendapatkan pengesyoran bagi bahan untuk ditonton di YouTube.

Secara lalai, Sejarah Lokasi tidak akan dihidupkan. Jika ini adalah kali pertama anda menghidupkan Sejarah Lokasi, pilihan autopadam anda akan ditetapkan kepada 18 bulan secara lalai. Autopadam Aktiviti Web & Apl juga akan ditetapkan secara lalai kepada 18 bulan untuk akaun baharu. Maksudnya, data aktiviti anda akan dipadamkan secara automatik dan berterusan selepas 18 bulan, bukannya disimpan sehingga anda memilih untuk memadamkan data tersebut. Anda boleh mematikan tetapan ini sepanjang masa atau menukar tetapan autopadam anda pada bila-bila masa.

MENYEKAT AKSES

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda dan memberi anda kawalan terhadap orang yang mempunyai akses

Kami komited untuk melindungi data anda daripada pihak ketiga. Itulah sebabnya kami mempunyai dasar yang ketat untuk tidak menjual maklumat peribadi anda. Kami tidak akan berkongsi maklumat yang mengecam anda secara peribadi, seperti nama atau e-mel dengan pengiklan melainkan anda meminta kami berbuat demikian. Contohnya, jika anda melihat iklan untuk kedai bunga berdekatan dan klik butang “panggil”, kami akan menyambungkan panggilan anda dan mungkin berkongsi nombor telefon anda dengan kedai bunga tersebut. Jika anda sedang menggunakan peranti Android, kami memerlukan apl pihak ketiga untuk meminta kebenaran anda untuk mengakses jenis data tertentu – seperti foto, kenalan atau lokasi anda.

INOVASI PRIVASI

Teknologi privasi maju membantu memastikan maklumat peribadi anda peribadi

Kami terus menghasilkan teknologi baharu yang inovatif yang melindungi maklumat peribadi anda tanpa menjejaskan pengalaman anda pada produk kami.

Pembelajaran bersekutu ialah teknologi peminimuman data yang dimulakan di Google yang melatih model pembelajaran mesin yang membekalkan kuasa kepada banyak ciri berguna kami, seperti ramalan perkataan pada peranti anda. Pendekatan baharu ini membantu melindungi privasi anda dengan menyampaikan pengalaman yang berguna dalam semua produk kami sementara menyimpan maklumat peribadi anda pada peranti anda.

Kami menggunakan teknik anonimasi terkemuka untuk melindungi data anda sambil menjadikan perkhidmatan kami berfungsi dengan lebih baik untuk anda. Sebagai contoh, kami mengagregatkan data dan menjadikan data awanama daripada berjuta-juta pengguna untuk mencadangkan laluan alternatif yang membolehkan anda balik ke rumah lebih pantas.

Untuk menawarkan ciri seperti kesesakan tempat dalam Maps, kami menggunakan teknologi anonimasi maju yang dikenali sebagai privasi kebezaan yang menambahkan hingar kepada maklumat anda supaya ia tidak boleh digunakan untuk mengecam anda secara peribadi.

Semakan privasi

Protokol privasi yang ketat diikuti
dalam setiap pembangunan produk

Privasi merupakan teras cara kami membina produk kami dengan standard privasi yang ketat yang memantau setiap peringkat pembangunan produk. Setiap produk dan ciri mematuhi standard privasi ini yang dilaksanakan melalui semakan privasi yang menyeluruh. Ketahui lebih lanjut dalam Dasar Privasi.

KETELUSAN DATA

Memudahkan untuk melihat dan memadam data anda

Anda menentukan cara anda menggunakan produk kami. Untuk membantu anda membuat keputusan termaklum tentang data yang perlu disimpan, dikongsi atau dipadamkan, kami memudahkan cara memahami data yang dikumpulkan serta sebab-sebab pengumpulan data itu.

Sebagai contoh, dengan Papan Pemuka, anda dapat melihat ikhtisar produk Google yang anda gunakan dan item yang anda simpan, seperti e-mel dan foto anda. Selain itu, dengan Aktiviti Saya, anda dapat melihat atau memadamkan data yang dikumpulkan daripada aktiviti anda dengan mudah dalam seluruh perkhidmatan Google, termasuk perkara yang telah anda cari, lihat dan tonton.

KEMUDAHALIHAN DATA

Memberi anda kuasa untuk membawa data anda bersama

Setiap pengguna seharusnya mempunyai akses kepada kandungan yang dikongsi oleh mereka dengan kami – pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab. Sebab itulah kami telah membuat Muat Turun Data Anda – supaya anda boleh memuat turun foto, e-mel, kenalan dan penanda halaman anda. Terpulang kepada anda untuk membuat salinan data anda, menyandarkan data itu, malah mengalihkan data tersebut kepada perkhidmatan lain.

Anda mengawal data yang disimpan kepada Google Account anda pada sepanjang masa. Ketahui lebih lanjut di sini.

Kami komited untuk mematuhi
undang-undang perlindungan data yang bersesuaian

Kami mematuhi peraturan dasar yang bersesuaian. Sepanjang beberapa tahun ini, kami telah bekerja rapat dengan pihak berkuasa perlindungan data di seluruh dunia dan melaksanakan perlindungan privasi yang kuat yang mencerminkan panduan mereka. Kami terus melabur secara ketara untuk menaikkan taraf sistem dan dasar kami mengikuti undang-undang privasi yang ditetapkan di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut
Teroka lagi cara kami
memastikan anda selamat dalam talian.