Membantu anda menetapkan
peraturan asas digital dengan Family Link.
Family Link membantu anda mengurus akaun dan peranti anak anda semasa mereka menggunakan Internet. Anda boleh mengurus apl, memantau masa skrin dan membantu menetapkan peraturan asas digital untuk keluarga anda.
-
Laporan aktiviti apl
Bukan semua masa skrin yang ditetapkan adalah sama. Jumlah masa skrin bergantung pada sama ada anak anda menggunakan peranti untuk membaca buku, menonton video atau bermain permainan. Anda boleh menggunakan laporan aktiviti apl Family Link untuk melihat apl yang paling kerap anak anda gunakan dan buat keputusan tentang perkara yang mereka boleh akses.
-
Hadkan akses harian
Anda menentukan jumlah masa skrin yang sesuai untuk anak anda. Family Link membolehkan anda menetapkan had masa skrin harian, menetapkan waktu tidur peranti dan mengunci peranti Android atau Chrome OS anak anda dari jauh.
-
Uruskan kandungan dan pembelian
Luluskan atau tolak muat turun apl daripada Google Play Store dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh anak anda.
Urus tetapan akaun
Mengurus dan melindungi akaun anak anda
Akses Kawalan Aktiviti anak anda dalam tetapan Family Link. Sebagai ibu bapa, anda boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan anak anda jika mereka terlupa kata laluan tersebut. Anda juga boleh mengedit maklumat peribadi anak anda atau memadamkan akaun mereka jika anda rasa perlu berbuat demikian. Mereka tidak boleh menambahkan profil lain pada akaun atau peranti mereka tanpa kebenaran anda. Akhir sekali, anda boleh menyemak untuk mengetahui lokasi peranti Android mereka (asalkan peranti tersebut dihidupkan, disambungkan ke internet dan aktif baru-baru ini).
Untuk mendapatkan bantuan dalam mempertimbangkan peraturan asas digital keluarga anda, lihat Panduan Keluarga kami. Dengan petua untuk mencetuskan perbualan tentang teknologi dengan anak anda, anda dan keluarga anda boleh menavigasi dunia digital bersama-sama dengan lebih yakin.
-
Urus akses anak anda ke laman web dengan Chrome
Anda boleh mengurus akses anak anda ke laman web tertentu apabila mereka menggunakan penyemak imbas Chrome pada peranti Android atau Chrome OS mereka. Anda boleh memilih untuk mengehadkan akses anak anda hanya ke laman web yang anda rasakan sesuai atau menyekat laman tertentu yang anda tidak mahu mereka lawati.
-
Tapis hasil carian eksplisit pada Search
Untuk mendapatkan lapisan perlindungan tambahan, anda boleh menghidupkan SafeSearch untuk menapis kebanyakan kandungan eksplisit daripada hasil carian anda. Secara lalai, SafeSearch akan dihidupkan untuk pengguna berumur bawah 13 tahun yang dilog masuk (atau umur yang bersesuaian di negara anda) yang mempunyai akaun yang diurus oleh Family Link. Ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk mematikannya atau menghalang akses secara keseluruhan kepada Search.