Membina pengalaman mesra keluarga.
Kami membina ciri istimewa seperti, penapis pintar, penyekat laman dan rating kandungan dalam pelbagai produk kami untuk menjadikan produk tersebut lebih menyeronokkan untuk keluarga anda.
kandungan untuk membantu kanak-kanak
menemukan dan menghasilkan sesuatu serta membesar.*
-
Dibina dengan mengambil kira rasa ingin tahu kanak-kanak
Kanak-kanak akan menjadi pakar cilik tentang perkara yang mereka suka, tidak kira sama ada tentang haiwan atau projek seni. Itulah sebabnya Kids Space mengesyorkan kandungan berkualiti untuk anak anda berdasarkan minat yang mereka pilih. Dengan kandungan yang disyorkan, kanak-kanak dapat menerokai minat mereka yang terkini melalui cara yang baharu dan menarik. Kanak-kanak juga dapat menyesuaikan pengalaman mereka dengan mewujudkan watak mereka sendiri.
-
Apl, buku dan video yang disyorkan
Apabila kanak-kanak membuka Kids Space, mereka akan melihat pustaka kandungan berkualiti. Kanak-kanak dapat meneroka pengesyoran untuk apl, permainan, buku dan video untuk menemukan cara baharu untuk bermain dan belajar.†
-
Tetapkan sempadan dengan kawalan ibu bapa
Dengan kawalan ibu bapa dalam Family Link, anda boleh membimbing pengalaman anak anda dengan mengurus kandungan, menetapkan had masa skrin dan banyak lagi daripada peranti anda sendiri.
YouTube Kids
Temukan kandungan pembelajaran sambil berseronok dengan YouTube Kids
Kami membinakan YouTube Kids dengan ciri pengalaman yang lebih selamat untuk kanak-kanak meneroka minat mereka melalui video dalam talian. Anda dapat menemukan video mesra keluarga tentang semua topik yang berbeza dalam semua peranti anda sama ada anda memuat turun apl YouTube Kids, melawati web kami atau melihat YouTube Kids pada TV pintar anda.
Google Play
Kandungan “Teacher approved” untuk anak anda pada Google Play
Kami telah bekerjasama dengan pakar akademik dan guru di seluruh negara untuk membantu anda menemukan kandungan yang sesuai untuk anak anda. Layari Tab kanak-kanak kami pada Google Play Store untuk menemukan apl “Teacher approved” yang memperkaya dan menghiburkan. Pada halaman butiran apl, anda dapat melihat sebab guru menilai apl dengan baik dan menyemak rating kandungan untuk memahami sama ada apl ini bersesuaian dengan umur atau tidak. Anda boleh melihat sama ada apl mengandungi iklan, membenarkan pembelian dalam apl atau memerlukan kebenaran peranti.
Kami meminta pembangun yang membina apl bagi kanak-kanak untuk mencapai standard yang lebih tinggi dengan mematuhi dasar pembangun untuk Google Play Store.
Google Workspace
Membina persekitaran pembelajaran yang lebih selamat untuk bilik darjah
Google Workspace for Education membantu guru dan pelajar berinteraksi dengan selamat merentasi pelbagai peranti. Perkhidmatan teras produk tidak mengandungi iklan dan kami tidak menggunakan apa-apa maklumat peribadi pengguna dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk menyasarkan iklan. Kami juga menyediakan alatan untuk membantu pentadbir menetapkan dasar berhubung aktiviti yang sesuai dan membantu dalam usaha melindungi pelajar dengan menggunakan Google Account sekolah mereka. Kami komited untuk menyediakan alatan dan sumber yang diperlukan kepada sekolah untuk membuat keputusan yang termaklum tentang perkhidmatan Google Workspace for Education yang digunakan oleh pelajar mereka.
Chromebook
Menjadikan bilik darjah lebih selamat
Berjuta-juta pelajar menggunakan Chromebook , komputer riba Google di dalam bilik darjah. Pentadbir sekolah boleh mengurus tetapan kumpulan untuk memberi pelajar seberapa banyak atau sedikit fungsi atau akses yang diperlukan. Ciri privasi dan keselamatan kami membantu memastikan maklumat peribadi kanak-kanak dilindungi dan telah membantu menjadikan Chromebook sebagai pilihan utama di sekolah K-12 A.S. dan banyak sekolah di negara lain.
* Google Kids Space memerlukan Google Account untuk anak anda. Kawalan ibu bapa memerlukan apl Family Link pada peranti Android, Chromebook atau iOS yang disokong.
† Kandungan buku dan video tidak tersedia di semua rantau. Kandungan video tertakluk pada ketersediaan apl YouTube Kids. Kandungan buku memerlukan apl Play Books. Ketersediaan kandungan apl, buku dan video mungkin berubah tanpa pemberitahuan. Google Assistant tidak tersedia dalam Google Kids Space.