Kami membantu anda mengurus tetapan yang sesuai dalam talian untuk keluarga anda.
Kanak-kanak hari ini membesar dengan teknologi, tidak seperti generasi sebelumnya. Oleh itu kami bekerjasama dengan pakar dan pendidik untuk membantu anda menetapkan batasan serta menggunakan teknologi dengan cara yang sesuai untuk keluarga anda.
Pastikan keluarga anda lebih selamat dalam talian
FAMILY LINK
Sediakan kawalan ibu bapa
Family Link membantu anda mengurus akaun dan peranti anak anda semasa mereka meneroka dalam talian. Tetapkan had masa skrin, uruskan kandungan yang sesuai untuk anak anda dan ketahui lokasi mereka apabila mereka membawa peranti mereka.
Membina pengalaman mesra keluarga merentas produk kami.
Pengalaman Mesra Keluarga
Terokai ciri yang direka bentuk untuk keluarga
Kami membina ciri khusus – seperti penapis pintar, penyekat laman dan rating kandungan – dalam pelbagai produk kami termasuk Play Store, Assistant, YouTube dan banyak lagi untuk menjadikan produk tersebut lebih menyeronokkan untuk keluarga anda.
Membantu kanak-kanak menjadi pintar,peneroka dalam talian yang yakin.
Be Internet Awesome mengajar kanak-kanak asas menjadi warga digital dan keselamatan digital untuk menerokai dunia dalam talian dengan yakin. Program ini dibangunkan oleh Google dengan kerjasama iKeepSafe dan The Net Safety Collaborative untuk membolehkan keluarga dan pendidik mengetahui cara untuk menjadi lebih selamat dalam talian di rumah dan di bilik darjah.
Untuk keluarga
Bantu keluarga anda menjadi selamat dan bijak dalam talian
Keluarga boleh mengamalkan keselamatan dalam talian menggunakan sumber Be Internet Awesome untuk ahli keluarga. Keluarga boleh mengadakan perbualan dan aktiviti dengan menggunakan Panduan Keluarga, petua dan aktiviti di luar talian, serta bermain permainan Interland.
Untuk kanak-kanak
Mainlah untuk menjadi Si Hebat Internet
Kanak-kanak boleh bermain untuk menjadi Internet Awesome melalui permainan Interland, iaitu suatu pengembaraan permainan web yang menerapkan pelajaran keselamatan digital yang penting dalam latihan amali menerusi empat permainan yang mencabar.
Untuk pendidik
Didik pelajar menjadi warga digital yang bertanggungjawab.
Program Be Internet Awesome mengandungi pelbagai sumber percuma untuk bilik darjah: kurikulum yang memberi pendidik alat dan kaedah untuk mengajar asas keselamatan digital; slaid sedia untuk diajar; lembaran aktiviti boleh dicetak; Interland; dan banyak lagi.
Program Be Internet Awesome adalah percuma dan tersedia di seluruh dunia dalam berbilang bahasa.