Cara yang lebih selamat untuk log masuk ke semua akaun dalam talian anda.
Proses log masuk ke semua akaun dalam talian anda seharusnya lebih lancar. Anda sepatutnya dapat log masuk dengan cepat dan mudah tanpa perlu bimbang tentang maklumat peribadi akaun anda yang mungkin tidak dilindungi.
Alatan pengesahan terbina dalam kami direka bentuk untuk membantu anda log masuk ke apl dan perkhidmatan yang anda gemari dengan cepat dan selamat.
-
Log masuk dengan mudah dan selamat, tanpa kata laluan
Kunci laluan menawarkan log masuk yang paling mudah dan selamat menggunakan kunci skrin peranti anda. Maka, anda boleh log masuk dengan hanya memandang sekilas ke arah telefon anda atau mengimbas cap jari anda. Kunci laluan ialah standard industri yang berfungsi merentas semua peranti dan platform anda.
Ketahui lebih lanjut -
Google Password Manager membantu anda membina kata laluan yang kukuh
Google Password Manager yang terbina dalam Chrome dan Android membina, menyimpan dan mengisi kata laluan untuk semua akaun dalam talian anda dengan selamat.
-
Keselamatan akaun generasi seterusnya
Berdasarkan standard Perikatan FIDO dan W3C, kunci laluan menggunakan protokol kriptogtafi kunci awam yang sama yang mendukung kunci keselamatan fizikal, sekali gus menjadikan kunci laluan tahan terhadap pancingan data, penyumbatan bukti kelayakan dan serangan lain yang dilakukan dari jauh.
-
Cara yang lebih selamat untuk log masuk ke apl dan perkhidmatan kegemaran anda
Anda sepatutnya dapat log masuk ke semua akaun dalam talian anda dengan cepat dan selamat. Anda boleh log masuk ke ribuan apl dan laman web dengan lebih selamat dan mudah, tanpa rasa bimbang kerana maklumat log masuk anda kekal dirahsiakan, selamat dan terjamin dengan Google Account anda.
Ketahui cara menggunakan Log masuk dengan Google -
Log masuk atau daftar dengan selamat di mana-mana sahaja dengan satu ketikan
Tindakan mendaftar dan log masuk menggunakan Log masuk dengan Google memastikan anda selamat daripada pelaku jahat yang mahu mencuri kata laluan anda untuk apl dan perkhidmatan pihak ketiga. Walaupun apl atau perkhidmatan mengalami insiden keselamatan, Log masuk dengan Google terus melindungi anda dengan mengesahkan setiap log masuk secara unik.
-
Lebih banyak kawalan terhadap akaun dan sambungan anda
Urus cara anda menggunakan Log masuk dengan Google, akaun terpaut dan sambungan pihak ketiga yang lain dengan Google Account anda. Anda boleh melihat, mengemaskinikan dan mengurus data yang anda pilih untuk dikongsi pada satu tempat, memastikan semuanya teratur dan terkawal.
Hidupkan Log masuk dengan Google
-
Kata laluan kukuh membantu untuk memastikan anda selamat
Tindakan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun dalam talian anda merupakan langkah penting untuk memastikan maklumat peribadi anda sulit, namun kebanyakan orang mengatakan mereka menggunakan kata laluan yang sama dan lemah pada berbilang laman sekali gus meningkatkan kerentanan akaun tersebut.
-
Google Password Manager membantu anda mengurus kata laluan dan kunci laluan anda
Urus Kata Laluan dan Kunci Laluan andaGoogle Password Manager yang terbina dalam Chrome dan Android mencadangkan, menyimpan dan mengisi kata laluan untuk semua akaun dalam talian anda dengan selamat. Kunci laluan berfungsi bersama-sama kata laluan dan dapat diurus dengan mudah pada tempat yang sama.
-
Amaran Kata Laluan Automatik membantu anda memastikan kata laluan selamat
Pelanggaran data baharu mendedahkan jutaan nama pengguna dan kata laluan kepada umum setiap hari. Google memantau kata laluan yang terjejas, jadi jika mana-mana kata laluan anda yang disimpan didapati terlibat dalam pelanggaran data, kami akan memaklumi anda secara automatik.
Lindungi semua akaun dalam talian anda dengan menjalani Semakan Kata Laluan. Uji kekuatan kata laluan anda, semak sama ada anda telah menggunakan mana-mana kata laluan lebih daripada sekali atau tidak dan ketahui sekiranya mana-mana kata laluan telah terjejas.
memastikan anda selamat di dalam talian.
-
Kawalan privasiPilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda.
-
Amalan dataKetahui lebih lanjut tentang cara kami menghormati privasi anda dengan amalan data yang bertanggungjawab.
-
Petua keselamatanTemukan petua pantas dan amalan terbaik untuk kekal selamat dalam talian.
-
Iklan dan dataKetahui lebih lanjut tentang iklan yang anda lihat di platform kami.